Thursday, August 7, 2014

KENAPA DIET SELALU GAGAL

Hai..hai..hai..jom kita baca info menarik ini.

                  7 Punca Diet Selalu Gagal

- Jika berbagai cara menurunkan berat badan sudah anda lakukan namun berat badan anda belum menunjukkan perubahan yang signifikan maka tentunya ada sesuatu yang salah dengan diet yang anda laksanakan.

Penurunan berat badan walaupun sedikit boleh memberi pengaruh positif terhadap komitmen seseorang menjalani program diet. Lantas apa yang mungkin boleh menjadi punca berat badan tak juga turun walaupun sudah berusaha diet?

Berikut hal yang paling sering menyebabkan diet anda tak kunjung membuahkan hasil:

1. Terlalu banyak makan makanan sihat
Walaupun kacang-kacangan, alpukat, roti gandum dan minyak zaitun tergolong dalam makanan sihat, namun semua ini tetap mengandungi kalori. Mengonsumsinya memang akan memberikan manfaat sihat, tetapi ingat bahawa anda masih tetap perlu menghadkan pengambilannya.

2. Melewatkan sarapan
Melewatkan sarapan akan membuat tubuh anda 'bertahan' pada lemak. Orang yang sarapan secara teratur lebih berpotensi untuk boleh menurunkan berat badan. Jadi, pastikan anda menyempatkan diri untuk sarapan setiap pagi untuk meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Tidak mengawal hidangan
Kawalan hidangan adalah salah satu kunci penting untuk mendapatkan diet yang seimbang. Itulah sebabnya mengapa penting untuk membiasakan diri menghitung kalori dan menghadkan diri jika memang makanan yang anda makan sudah cukup. Jangan memaksakan diri tetap makan walaupun anda sudah merasa cukup kenyang.

4. Makan sambil berdiri
Makan sambil berdiri merupakan salah satu cara makan yang tidak sihat. Usahakan untuk menyediakan masa khusus untuk makan dan lakukan sambil duduk hingga makanan tersebut habis.

5. Tidak cukup tidur
Jika anda sedang dalam usaha penurunan berat badan, maka cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam adalah mutlak. Rehat dan tidur akan membantu memulihkan tenaga dalam tubuh.Kurang tidur akan menjejaskan kemampuan tubuh anda untuk mengawal nafsu makan.

6. 'memanjakan' diri dengan makanan rendah lemak
Terdapat beberapa makanan rendah lemak pencetus obesiti. Hati-hati, bungkusan makanan berkalori rendah dan makanan rendah lemak (low fat food) boleh menipu. Sebab faktanya mereka juga mengandungi bahan kimia tambahan seperti gula atau sodium tambahan. Tak hanya kurang berkhasiat, makanan jenis ini pada akhirnya membuat anda menjadi makan dengan hidangan yang justru lebih banyak.

7. Kurang makan sayur-sayuran

Terdapat beberapa sayur yang boleh menurunkan berat badan. Lima hingga tujuh hidangan harian buah dan sayuran sangat penting untuk semua orang. Serat yang banyak terkandung di dalamnya akan membuat tubuh merasa kenyang lebih lama, sehingga akan lebih terasa manfaatnya pada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Kredit : Mr.Google

*Info Penting: Penurunan berat badan yang mendadak.
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih tak turun-turun? akan terjawab.

Jangan pernah berputus asa.Jika anda sungguh2 mahukannya,anda pasti akan mendapatkannya.

Di Shaklee ada caranya untuk anda lebih berjaya diet secara sihat.
Anda pasti terkejut dengan hasilnya..

Sila  KLIK SINI untuk info terperinci Set Diet Shaklee

Untuk Mendapatkan PRODUK dan rundingan percuma,Sila HUBUNGI SAYA SEGERA!

------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera!

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau 

FB Akaun :  Huiren Chee 

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Post by HuirenChee

No comments: