Wednesday, October 15, 2014

CARA MUDAH ATASI MIGRAIN




Migrain tu apa?
Migrain  adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.
Migraine adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.
Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.
Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Bagaimana Migraine Berlaku
Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala serta otak. Migraine berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Urat saraf sensor yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.



Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.
Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.

Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.

Gejala-gejala Migrain

A)Sakit kepala tanpa (tanpa tanda amaran)
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam.
Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit.  tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

B) Aura(Disertai tanda amaran)
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
Masalah pertuturan
Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Faktor pencetus Migrain
Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus

Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi

Psikologi:Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)

Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.

Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Migrain yang jarang berlaku
a. Migrain semasa haid (Menstrual migrain)
Migrain yang hanya berlaku sekitar haid, tetapi tidak menyerang pada masa-masa lain
b. Abdominal migraine
Biasanya berlaku pada kanak-kanak. Serangan adalah dalam bentuk sakit perut selama beberapa jam tanpa sakit kepala
c. Ocular migraine
Ia menyebabkan kehilangan semua atau sebahagian daripada penglihatan pada sebelah mata, atau kadang-kadang pergerakan mata yang tidak normal.
d. Hemiplegic migraine
Serangan dalam bentuk sakit kepala dan lemah pada satu belah badan. Ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan angin ahmar (strok).
e. Basilar-type migraine
Tanda-tandanya termasuk sakit pada bahagian belakang kepala, dan aura yang luar biasa contohnya menjadi buta secara sementara, imej berganda, pening yang memusing, dengung, pertuturan yang tidak jelas dan pening kepala.

Berjumpalah dengan doktor atau pakar perubatan dengan segera,jika anda benar2 sedang menderita penyakit migrain ini.


Cara mudah mengatasi migrain


1.Tenangkan minda
Tekanan terjadi disebabkan kekusutan perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran. Minda seolah-olah terkunci  bebanan fikiran yang ditanggung. Penyelesaian  terbaik bagi mengelak migrain adalah dengan melakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda seperti mendengar muzik, membuat rawatan rambut di salun, beriadah atau bersiar-siar dan melaksanakan hobi kegemaran anda.

2. Bersenam
Bagi sesetengah pendapat, bersukan mampu mencegah migrain. Lakukan aktiviti sukan yang tidak terlalu berat seperti senaman aerobik atau berjoging secara konsisten. Hanya menaiki tangga pejabat juga boleh dikategorikan sebagai senaman ringan yang membantu mengatasi kehadiran migrain.

5. Pola tidur yang konsisten
Kurang mendapat tidur secukupnya mahupun terlebih waktu tidur boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya, nikmatilah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa iaitu 6 hingga 8 jam sehari. Pola tidur yang teratur berupaya mengatasi serangan migrain. Cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Percayalah, ianya berkesan.

Dan cara yang sangat mudah dan berkesan adalah dengan mengambil supplemen.
Ianya ternyata sangat membantu dan baik untuk kesihatan.


Supplemen Shaklee yang dicadangkan :

1) OSTEMATRIX
Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. Lagi satu, Ostematrix ni sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

2) B COMPLEX
Dengan Riboflavin dan Pyridoxine.
Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi.Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi"


SET MIGRAIN SHAKLEE


3) VIVIX 
 Untuk kesihatan menyeluruh(Pilihan terbaik)
Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
Membantu dlm proses penurunan berat badan
Menyokong kesihatan mata Meningkatkan kesihatan imum badan
Menggalakan kesihatan keseluruhan

SUPPLEMEN UNTUK MIGRAIN


  TESTIMONI SET MIGRAIN

SHAKLEE

TESTIMONI MIGRAIN #1


TESTIMONI MIGRAIN #2



TESTIMONI MIGRAIN #3



TESTIMONI MIGRAIN #4

 Hebat betul testimoni ni kan?Jika anda pun nak bebas daripada masalah Migrain,Bertindaklah SEKARANG JUGA!



Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah. Cod/by hand Ranau Sabah
Shaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633
Email : ennena.hc79@gmail.com

FanPage : Vitamin Superb Ranau Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


"Kesulitan Adalah Permulaan  Kepada Kehidupan"

6 comments:

irene said...

Migrain ni boleh membotakkan kepala juga..tekanan kepada akar2 rambut akan menyebabkan vitamin pada kulit kepala menghilana.terima kasih info..jom ziarah my blog wwwirenevitamin.blogspot.com

Erna Enn said...

ok..nti sy dtg..hehe

Enor Adam said...

Info yg sangat baik. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

HASRUL HASSAN said...

Ramai kata produk vivix daripada Shaklee ni bagus. Mungkin nanti nak cuba ... :)

www.hasrulhassan.com

Farizah Hamid said...

Migrain sangat menyeksakan. Huhuhu

www.bondasihat.com

Naimah Azizan said...

Migraian jgn serang saya lagi..dulu masa remaja sering kn migrain.. Skrg pening2 mcmtu je..telan b-comp n ostematrix dh okay..gnti panadol. Tq sharing info.. :)
www.naimahazizan.com