Saturday, August 23, 2014

KALSIUM SANGAT PENTING

Haloo..
Selamat bertemu kembali.Terima kasih sebab sudi singgah sini ye..

Hari ini saya nak kupas serba sedikit tentang kalsium.

Beberapa Fakta Penting Mengenai Kalsium

Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh. Keperluan harian kalsium adalah 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun dan 1.000 mg setelah usia 50 tahun. Ibu hamil dan menyusui bayi perlu mengambil 1,200 mg kalsium per hari.

Kira-kira 99% kalsium berada pada rangkaian tulang dan gigi, selebihnya berada di darah dan sel-sel tubuh.

Manfaat kalsium bagi tubuh, antara lain:

1. Pembentukan dan Penjagaan Tulang dan Gigi. Anak-anak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka Kekurangan kalsium boleh mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus-menerus meremajakan sistem tulang dan gigi. Mineral di tulang dan gigi kita ditukar ganti 100% setiap tujuh tahun sekali.

2. Mencegah Osteoporosis.
Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari "bank kalsium" pada sendi tangan, kaki dan tulang panjang yang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam waktu lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya langsung dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan tulang reput dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap harinya mengambil kalsium 400 mg lebih rendah dari pada yang diperlukan, pada umur 55 tahun tulangnya rapuh 1/3 bahagiannya.

3. Simpanan Glikogen.
Kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.

4. Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium agar dapat berfungsi optimum. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan (kejang) otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.

Makanan tambahan@Supplemen Kalsium Cegah Osteoporosis

Ada beberapa faktor yang menentukan sama ada seseorang berisiko mengalami osteoporosis, antara lain:

Usia.
Semakin tua, semakin besar risiko seseorang terkena osteoporosis, kerana tulang-tulang menjadi lebih lemah dan kepadatannya berkurang selari dengan usia.

Jenis Kelamin.
Wanita mempunyai risiko empat kali lebih tinggi terkena osteoporosis berbanding lelaki, walau bukan bemaksud lelaki bebas dari risiko penyakit ini tetapi risiko wanita lebih besar kerana wanita mempunyai rangkaian tulang yang lebih sedikit dan lebih cepat kehilangan kalsium dalam kitaran hidupnya, antara lain kerana menopause.

Riwayat Keluarga dan Riwayat Diri Sendiri.
Kecenderungan seseorang mempunyai tulang yang rapuh boleh didapatkan secara keturunan, yang tentunya meningkatkan risiko osteoporosis. Dan seseorang dengan riwayat patah tulang apabila dewasa juga meningkatkan risiko patah tulang apabila tua.

Bangsa atau keturunan
Wanita bangsa Caucasian dan Asia ternyata mempunyai risiko besar mengalami osteoporosis. Namun wanita bangsa Afrika-Amerika dan Hispanik juga mempunyai risiko yang ketara.

Struktur Tulang dan Berat Badan.
Wanita dengan tulang kecil dan bertubuh kurus mempunyai risiko lebih besar.

Riwayat Menopause / Menstruasi. Menopause yang biasa atau lebih awal (baik secara semulajadi atau kerana tindakan perubatan) meningkatkan risiko terkena osteoporosis. Juga, wanita yang berhenti haid sebelum menopause, misalnya kerana keadaan-keadaan seperti anoreksia atau bulimia, atau kerana olah fizikal yang berlebihan, juga boleh kehilangan rangkaian tulang dan berisiko mengalami osteoporosis.

Gaya Hidup.
Merokok, terlalu banyak minum alkohol, kurang mengambil kalsium, dan kurang bersenam juga meningkatkan risiko terkena osteoporosis.

Ubat Juga Menambah Risiko.
Risiko yang paling ketara pada pesakit osteoporosis ternyata justru akibat rawatan jangka panjang dari penyakit-penyakit kronik seperti arthritis rheumatoid, gangguan endokrin (seperti hipotiroid), gangguan penyakit saluran pencernaan. Salah satu golongan ubat yang jelas-jelas mempunyai kesan pada tulang adalah glukokortikoid. Ubat-ubatan lain yang juga boleh menyebabkan kerapuhan tulang antara lain: hormon tiroid yang berlebihan, anticonvulsants, antacid yang mengandungi aluminium, hormon pelepas gonadotropin (Gonadotropin releasing hormones, GnRH) yang digunakan pada rawatan endometriosis, methotrexate untuk rawatan kanser, siklosporin A, heparin , dan cholestyramine, yang digunakan untuk menetapkan kadar kolesterol dalam darah.

Namun untuk kebanyakan orang, ubat-ubatan tersebut bersifat life-saving (menyelamatkan hidup) atau life-enhancing (meningkatkan kualiti hidup) yang mungkin penggunaannya memang diwajibkan.
Oleh kerana itu jika anda mempunyai risiko osteoporosis dan memerlukan ubat-ubatan di atas, anda perlu membincangkannya dengan doktor dan anda tidak boleh menghentikan rawatan atau menukar dosnya tanpa pengetahuan doktor. Biasanya dengan atau tanpa gejala osteoporosis, doktor akan menambah tambahan kalsium apabila menetapkan ubat-ubatan di atas.

Pencegahan

Untuk pertumbuhan dan aktiviti tubuh, kita memerlukan kalsium. Kalsium adalah mineral yang penting bagi banyak fungsi tubuh, termasuk dalam tetapan denyut jantung, impuls saraf, merangsang rembesan hormon dan pembekuan darah, juga diperlukan untuk membentuk dan menjaga kesihatan tulang.

Kalsium boleh didapati dalam banyak makanan, dan kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkan kalsium sendiri, maka pengambilan kalsium dari makanan dan sumber lain sangat penting.
Walaupun selepas pertumbuhan tulang kita terhenti, kita pun tetap perlu mengambil kalsium dalam jumlah yang cukup kerana tubuh selalu kehilangan kalsium tiap hari melalui kulit-kulit yang mati, pertumbuhan kuku, rambut yang gugur dan juga peluh.
Selain itu kita boleh kehilangan kalsium melalui air kencing dan najis. Kalsium yang hilang tersebut perlu diganti setiap hari melalui makanan. Kalau makanan kita tidak mengandungi cukup kalsium, maka tubuh akan mengambilnya dari 'cadangan' kalsium, iaitu tulang dan gigi. Dan jika hal ini terjadi dalam jangka panjang, maka anda akan mengalami kerosakan tulang dan gigi.

The National Academy of Sciences dan National Osteoporosis Foundation di Amerika Syarikat mengesyorkan baik lelaki maupun wanita dewasa mengambil makanan tambahan kalsium sekurang-kurangnya 1000-1200 mg / hari. Wanita hamil dan menyusui bayi malah memerlukan lebih banyak kalsium, iaitu sekurang-kurangnya 1500 mg / hari.

Sebetulnya makanan adalah sumber kalsium yang terbaik, misalnya susu dan produk olahannya, sayur-sayuran berwarna hijau tua (terutama brokoli), ikan sardin, ikan teri, dan kacang-kacangan, namun kebanyakan daripada kita tidak mengikuti pola makan yang betul, sehingga kita memerlukan tambahan pengambilan kalsium dari makanan tambahan.

Selalunya, kalsium berada dalam bentuk kompaun. Ada beberapa sebatian kalsium yang digunakan dalam makanan tambahan, antara lain kalsium karbonat, kalsium fosfat dan kalsium sitrat. Kompaun-kompaun ini mengandungi jumlah ion kalsium yang berbeza, yang merupakan jumlah kalsium yang sebenarnya. Oleh kerana itu penting untuk membaca label dan menentukan seberapa besar ion kalsium yang ada di setiap butir dan berapa banyak butir yang perlu diambil.

Makanan tambahan kalsium boleh dibeli tanpa preskripsi doktor, dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk sediaan dan juga tahap kekuatan. Kadang kala hal ini boleh mengelirukan pengguna. Banyak orang yang bertanya, makanan tambahan kalsium apa yang mesti dimakan. MakananTambahan 'terbaik' adalah yang paling sesuai dengan keperluan penggunanya, baik itu berdasarkan tahap toleransi, kemudahan dan keselesaan cara mengambil, harga dan juga ketersediaan di pasaran.

Kalsium tidak boleh diserap oleh tubuh tanpa bantuan vitamin D. Itulah mengapa kebanyakan makanan tambahan kalsium digabungkan dengan vitamin D. Namun apabila tambahan kalsium yang anda miliki tidak mengandungi vitamin D, maka anda memerlukan suplemen vitamin D tambahan. Selain itu, tulang juga memerlukan bantuan vitamin A, C, magnesium serta protein dalam jumlah yang cukup sebagai pelekat tulang.

Cadangan Pengambilan Kalsium

Ini adalah data pengambilan kalsium yang disyorkan oleh The National Academy of Sciences untuk segala usia:

Lahir - usia 6 bulan 210 mg / hari
6 bulan - 1 tahun 270 mg / hari
1 - 3 tahun 500 mg / hari
4 - 8 tahun 800 mg / hari
9 - 13 tahun 1300 mg / hari
14 - 18 tahun 1300 mg / hari
19 - 50 tahun 1000 mg / hari
51 tahun ke atas 1200 mg / hari

Sumber:
http://www.isfinational.or.id/info/75/606-tambahan-kalsium-cegah-osteoporosis.html

Di Shaklee,kami ada makanan tambahan@supplemen yang sangat menepati keperluan kalsium dalam tubuh manusia.

KELEBIHAN KALSIUM OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix Shaklee mengandungi:
1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis

Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-

- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan


MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bertukarlah kepada Shaklee!!
Hubungi saya segera.. :)



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah. Cod/by hand Ranau Sabah
Shaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633
Email : ennchee79@yahoo.com
FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau
FB :  Huiren Chee 

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓

No comments: