Wednesday, October 8, 2014

ATASI BATU KARANG



Hai semua..
Tentunya anda pembaca setia blog ni tertanya-tanya,kenapa sejak akhir2 ini entry saya berkisar tentang lelaki sahaja..
Sebabnya dalam group Winners Network kami sekarang ni ada peraduan.Best tau dalam group ni.
Admin yang sangat positif dan sangat suka berkongsi ilmu.Terima kasih Master Nor Wina Hadin.Anda idola saya.Pembakar semangat yang membara untuk terus berjuang dalam bisnes Shaklee ni.

Okeylah,Topik kita kali ini berkaitan dengan penyakit Batu Karang.Penyakit ni  juga dihidapi kaum perempuan tetapi lebih banyak menjangkiti kaum lelaki.

BATU KARANG
Penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil peduli sangat mengenainya. Mungkin kerana ia bukan penyakit kritikal seperti penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.

Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

PENYAKIT BATU KARANG


JENIS-JENIS BATU KARANG


Punca Batu Karang
Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendap dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk sebutir batu yang keras. Biasanya kes seperti ini memerlukan individu minum tiga liter air sehari.

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.
Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Anda juga boleh memilih supplemen@Makanan tambahan untuk mengatasi masalah batu karang ni.

SET BATU KARANG SHAKEE

Antara Supplemen Shaklee yg disyorkan untuk merawat/mencegah batu karang ialah;


B COMPLEX
Mengurangkan oksalat (garam) yg membentuk batu karang.

OSTEMATRIX
Mengandungi magnesium yg mengurangkan oksalat (garam) dan MENCEGAH pembentukan batu karang.

ALFALFA COMPLEX
Mengurangkan infeksi dan inflamasi.

OMEGA GUARD
Membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.

LECITHIN
Mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.

VITAMIN C
Menambah keasidan urin. batu karang tidak akan terbentuk di dalam urin yg berasid. Juga membantu penyembuhan luka dalaman.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Ini pula Testimoni mereka yang telah mengamalkan supplemen Shaklee ni.

TESTIMONI BATU KARANG SHAKLEE #1


TESTIMONI BATU KARANG SHAKLEE #2


TESTIMONI BATU KARANG SHAKLEE #3


Ada juga kes yang mana batu karang tersekat dan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya apabila kuman mula merebak. Jika ini berlaku, biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk.
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pakar dengan segera kerana jika lewat boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah kematian seandainya ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah.
'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI'

Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan Supplemen anda hari ini.

WhatsApp : 016-8154633
Email : ennchee.hc79@gmail.com
Facebook : Huiren Chee
FanPage   : Vitamin Superb Ranau

Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Disini..Have a Nice Day..Bye

7 comments:

apeck anizah said...

Nice sharing sis..mesti mau minum byk2 air!

Naimah Azizan said...

Bahayakan penyakit batu karang ini..

Emelda George said...

Very informative sis...

Norwina Mohd Hadin said...

Banyak info baru berkaitan batu karang ..Jalani kehidupan yg sihat

mariam aziz said...

Erna..info ni mmg byk memberi kesedaran dlm pengambilan makanan. Seharian kita.

Farizah Hamid said...

Saya setuju dengan mencegah lebih baik dari mengubati.. nice sharing k.erna!

www.bondasihat.com

Erna Enn said...

Tq semua sebab sudi jenguk2 kat sini..
kena jaga kesihatan..sebelum sakit apa salahnya berusaha untuk mencegah kan..