Saturday, October 11, 2014

WANITA DAN "STRESS"






Definisi 'Stress' Atau Tekanan Melampau

'Stress' atau tekanan melampau melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:
“Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:
>>Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
>>Gangguan fungsi kehidupan
>>Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
>>Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
>>Tekanan yang mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu
>>Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.
Credit : miyayaedu3109





Tanda dan Gejala Stress Pada Wanita

Stres sering dialami banyak orang kerana gaya hidup masa kini yang serba cepat. Dengan cara yang sederhana, Stress boleh ditakrifkan sebagai keadaan mental yang diakibatkan daripada ketegangan. Hal ini boleh dialami oleh lelaki dan wanita. Tapi wanita lebih penat/letih ketika menghadapi situasi stres. Stress berlebihan boleh menyebabkan keadaan mental lain seperti kecemasan dan kemurungan.

Penyebab Stress Pada Wanita

Dalam sebahagian besar kes, perempuan menderita stress berlebihan kerana mereka melaksanakan peranan berganda pada masa yang sama, seperti mengendalikan kerja, keluarga, kewangan, dan lain-lain Seperti disebutkan di atas, mengenalpasti punca dan gejala stres dapat membantu dalam mencari jalan keluar. Setiap masalah yang berkaitan dengan keadaan berikut boleh menyebabkan stres pada wanita.

- Masalah Pekerjaan
- Masalah dalam hubungan
- Masalah kewangan
- Kesendirian
- Masalah kesihatan
- Mengandung
- Tekanan rakan sebaya
- Kematian orang terdekat

Gejala Stress Pada Wanita

Hal ini juga harus diperhatikan bahawa tekanan mengurangkan kekebalan, yang dengan sendirinya boleh menyebabkan masalah lebih lanjut. Oleh kerana itu, gangguan stres dan kesihatan membentuk lingkaran menghimpit dan tekanan melampau. Tidak semua gejala yang disebutkan di bawah ini terjadi pada semua wanita. Jumlah dan keparahan gejala berbeza dari satu orang ke orang lain.

Gejala Fizikal:

Ketegangan, sakit kepala dan menangis adalah gejala yang paling menonjol pada wanita. Kekerapan dan tempoh sakit kepala berbeza-beza pada setiap orang. Selain sakit kepala, gejala lain seperti sakit punggung atau kejang perut. Gejala utama lain adalah insomnia, iaitu kurang tidur. Jika seorang wanita mengalami stres berlebihan, dia tidak boleh tidur dengan baik di malam hari. Hal ini bahkan boleh berlaku selama beberapa malam yang akibatnya menghasilkan sakit kepala parah dan cepat marah. Mungkin juga mengalami kitaran haid tidak teratur, tekanan darah tinggi, sakit ulu hati, migrain, rambut gugur, penyakit kulit, dan lain-lain.

Gejala stres dan tekanan lain pada wanita adalah cirit-birit, sesak di dada, kesukaran bernafas dan kehilangan minat seksual. Kadang2 gejala tersebut mempunyai hasil yang lebih dalam pada kesihatan dan fikiran seorang wanita. Dia mungkin mempunyai fikiran yang berterusan tentang kematian, mengembangkan kecenderungan bunuh diri, mula merokok atau meminum alkohol atau bahkan ubat-ubatan.
Penyakit kulit, ruam, berat badan turun juga boleh menjadi reaksi yang disebabkan kerana tekanan pada wanita.

Gejala Kelakuan:

Pemarah merupakan salah satu tanda-tanda tingkah laku yang paling umum dari stress. Gejala ini sering diikuti dengan gejala emosi dan perilaku yang lain seperti kemarahan, perubahan suasana hati dan menangis. Bimbang, kesulitan yang melampau, kekecewaan dan lain-lain juga dialami ketika seorang wanita berada di bawah tekanan emosi melampau.
Gejala-gejala ini boleh menyebabkan reaksi negatif seperti kecurigaan, sering marah, pelupa, rendah diri dan kemurungan. Kehilangan nafsu makan, atau makan berlebihan juga merupakan tanda-tanda tekanan.

Pengurusan Tekanan untuk Wanita

Ketika wanita menyedari gejala-gejala stres, mereka boleh mencari cara untuk mengatasinya. Dalam sebahagian besar kes, selepas melaksanakan teknik 'self-help' terbukti berkesan dapat membantu dalam mengurangkan tekanan. Berikut adalah beberapa teknik yang berkesan untuk pengurusan tekanan.

- Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan secara ketara boleh membantu dalam pengurusan stress. Elakkan dari menjadi kesepian, jika anda berkongsi masalah dengan orang-orang terdekat, anda mempunyai kemungkinan lebih rendah menderita gejala yang disebutkan di atas.

- Anda harus ingat bahawa situasi stress muncul dalam kehidupan semua orang, dan dalam rangka menghadapinya,haruslah mempunyai sikap positif. Dalam sebahagian besar kes, ketika dalam keadaan stres, orang cenderung melihat setiap hal diluar batasannya.

- Diet dan sukan memainkan peranan penting dalam menguruskan tekanan. Meditasi dan yoga juga popular untuk pengurusan stress.Khususnya, latihan pernafasan sangat berkesan dan boleh dilakukan di rumah, di kereta atau bahkan di tempat kerja.

- Wanita harus mengambil rehat dari rutin harian.
Melaksanakan hobi secara teratur juga bagus untuk mengurangkan stress besar. Kegiatan sederhana seperti menghabiskan masa dengan keluarga, jalan bersama teman-teman atau beriadah, dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan ketegangan.

- Mengikuti kaedah mudah seperti diet seimbang, tidur malam yang cukup, mengelakkan penangguhan kerja, menguruskan dan memanfaatkan waktu dengan baik, Mempunyai komunikasi yang mudah dengan ahli keluarga dan lain-lain, dalam jangka panjang dapat membantu untuk mengurangkan stres.

- Terakhir, jika anda mengalami tekanan di luar kawalan dan tidak dapat menyingkirkan kesan, segeralah meminta bantuan profesional. Dengan cara ini, anda boleh mencegah gangguan kesihatan yang teruk disebabkan tekanan.

Apabila kita dapat mengenal pasti tanda-tanda dan gejala stress, kita boleh memilih rawatan yang berkesan untuk mengelakkan komplikasi kesihatan lebih lanjut, dan menjalani hidup sihat. Perlu diingat bahawa setiap ubat bertujuan untuk kegelisahan, kemurungan atau gangguan tidur harus dengan preskripsi doktor.
Credit: Tri Laksono




Tahukah anda bahawa kita juga boleh menangani Stress dengan mengambil supplemen.

Vitamin yang paling penting untuk menangani masalah stress dan kemurungan adalah vitamin B. Tapi tahu tak? Vitamin B ni tidak boleh disimpan dalam tubuh badan kita.
Kita mesti mendapatkan mikronutrien yang penting ni daripada diet dan supplement. Vitamin B ni boleh dirosakkan oleh gula halus, nikotin, pengambilan alkohol yang berlebihan dan kafein. Selain tu, vitamin yang baik untuk stress dan kemurungan juga adalah vitamin antioksidan iaitu Vitamin C dan Vitamin E







Banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;
»Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
»Mengelakkan penyakit beri-beri.
»Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
»Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
»Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
»Mencegah stress.Membantu rasa lebih tenang.
»Menguatkan antibodi tubuh.
»Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
»Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
»Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
»Mencegah anemia.

Ini pula kelebihan Ostematrix Shaklee
» Membantu dalam proses pembakaran lemak.
» Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
» Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
» Memulihkan kekejangan, kebas – kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
» Meringankan stress – mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
» Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
» Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
» Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
» Membantu masalah gastrik.
» Membantu dalam pengurusan badan
» Membantu dalam mengatasi sembelit.

Disamping itu, kita juga harus lebih mendekatkan diri pada pencipta.Tuhan adalah penolong yang ajaib.Bila kita meminta dengan sungguh2 pasti tiba saatnya Tuhan mendengar seru doa kita.

Wahyu 1:8  "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."
1 Tesalonika 4:11  'Dan anggaplah sebagai suatu kehormatan untuk hidup tenang, untuk mengurus persoalan-persoalan sendiri dan bekerja dengan tangan, seperti yang telah kami pesankan kepadamu.'



TESTIMONI PENGGUNA PRODUK SHAKLEE











Saya sendiri punya testimoni..
Sebelum kenal Shaklee dan selepas melahirkan anak ke-2,saya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan diri saya.
Saya tidak suka bergaul,tidak boleh hadir ke pesta keramaian seperti majlis kahwin di tempat yang jauh dari rumah.Cepat marah dan gelisah yang saya sendiri tidak tahu apa puncanya.
Tetapi mujurlah saya cepat tersedar dan berjumpa pakar secepatnya.Saya diberi makan pil untuk meredakan tekanan.
Saya tidak ketahui apa punca sebenar berlaku sebab saya punya keluarga bahagia,suami yang penyayang dan penuh pengertian.Tetapi,mungkin juga kerana saya selalu menghabiskan masa dalam rumah sahaja sehingga saya jadi takut apabila berada jauh dari rumah..hehe..
Semasa melahirkan anak yang bongsu tu doktor akhirnya menghentikan ubat penenang,katanya ubat tu tidak berapa baik untuk perkembangan bayi kerana bayi saya menyusu badan.
Saya kenal Shaklee selepas bayi saya berusia 2 bulan dan akhirnya saya memilih untuk mengambil supplemen untuk mengatasi stress ataupun tekanan.
Supplemen ni sangat berkesan untuk saya dan tidak mustahil ianya berkesan untuk anda juga.

Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan supplemen terbaik ini.

Call/SMS/WhatsApp : 016-8154633
Email : ennchee.hc79@gmail.com
Facebook : Huiren Chee
FanPage   : Vitamin Superb Ranau



'Kesulitan Adalah Permulaan Kepada Kehidupan'

5 comments:

irene said...

Info yang gempak!
Dan sangat berguna..wanita jangan stress sangat kan..
Jom ziarah kedai maya saya di wwwirenevitamin.blogspot.com

anis natasha said...

Stress... good info.. masa keje dlu sy sllu stress. Heheh..

Jmpot jln blog saya : byanisnatasha.blogspot.com

Erna Enn said...

tq..kjp lagi sy dtg..hihi

Erna Enn said...

tq..sbb dtg berkunjung..kjp lg sy pla g menziarah yer..hihi

apeck anizah said...

Nice sharing...