Saturday, October 4, 2014

MENYUSU BADAN ITU INDAH





Tahniah kepada anda yang baru mula memberi bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya.
  Namun jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang. Ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk terus berjaya dalam sesi penyusuan bayi anda.

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?
Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda.
Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti:
gastroenteritis;
pneumonia dan bronkolitis;
jangkitan salur kencing;
ekzema;
jangkitan telinga.

Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Namun faedahnya bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk anda. Ia dapat mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid). Ia juga membantu melindungi anda daripada kanser ovari dan osteoporosis (tulang lemah) ketika lanjut usia.

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama.
Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika boleh.

Saya masih menyusukan bayi saya yg berusia 1 tahun 4 bulan.
Sebenarnya,saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana berjaya menyusukan bayi besar saya ni..hihi
Semuanya kerana bantuan daripada supplemen Shaklee yang saya ambil

Me & my baby



SET MENYUSU SHAKLEE

1. ESP - Mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu badan. Di samping itu, isoflavone melambatkan penuaan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi untuhutk keperluan penting bayi anda

2. Alfalfa Complex - Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Di samping itu, Alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang dan dapat membantu menurunkan paras kolestrerol.

3. Vita-Lea -  Multivitamin yang penting untuk bayi dan anda. Ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari semua aspek kesihatan.

4. SR Vita C - Penting untuk mengoptimumkan imun sistem anda dan bayi. Ia juga membantu dalam penghasilan kolagen yang bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

5. B-Complex - Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda. Ia juga memastikan kesihatan baik untuk mata, mulut dan kulit anda dan bayi. Selain itu, ia membantu menghasilkan tenaga dan darah

6. OsteMatrix - Ia sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang sihat. Susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama- kelamaan, tulang akan rapuh, gigi ronggak dan belakang membongkok. Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


SET MENYUSU SHAKLEE

Saya mula mengambil ESP dan alfalfa semasa bayi saya berumur 2 bulan dan seterusnya saya mengambil keputusan untuk menjadi pengguna tegar dan pengedar sah Shaklee kerana saya sangat yakin dan berpuashati dengan produk ni.
Sehinggalah saat ini saya masih mengambil Set menyusu penuh kerana bayi saya semakin membesar dan kena supply susu lebih banyak kan..hehe..

Disini saya nak kongsikan TESTIMONI IBU2 yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee ni

TESTIMONI SET MENYUSU NO.1

TESTIMONI SET MENYUSU NO.2

TESTIMONI SET MENYUSU NO.3


Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 400 jenis nutrien termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula. Malah, kandungan nutriennya juga berubah mengikut keperluan bayi anda semasa dia membesar.

Dan selain daripada manfaat pengembangan minda dan imuniti terhadap jangkitan yang terkandung dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda.Sebab tu saya mengatakan sesi menyusu badan ini saat indah.

Persediaan untuk penyusuan badan

Asalkan sahaja anda sihat, tidak banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan bagi penyusuan badan. Tetapi anda boleh bersedia dari segi minda. Belajarlah sebanyak mungkin mengenai penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Galakkan juga suami anda untuk belajar mengenai penyusuan badan supaya dia boleh memberi sokongan dan galakan kepada anda.

Dalam enam minggu pertama, ketika bekalan susu anda sedang mengadaptasi dan bayi anda belajar untuk menyusu, anda mungkin akan mengalami perkara yang berikut:
pembengkakan: buah dada yang sangat penuh.
mastitis: radang pada buah dada.
sakit puting.

Benarkah menyusu badan itu mudah?

Sesetengah wanita akan mudah menyesuaikan diri dan penyusuan dan tidak menghadapi sebarang masalah. Tetapi kebanyakan ibu-ibu baru mendapati ianya sukar untuk dilakukan. Jika anda rasa kecewa, ingatlah bahawa bukan hanya anda seorang yang rasa begitu. Jika anda berputus-asa (atau hanya mahukan nasihat profesional), hubungi pakar perunding penyusuan ibu (terdapat di kebanyakan hospital).

Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai sebarang kebimbangan bersabit kesihatan yang mungkin akan menghalang penyusuan.

Penyusuan memerlukan latihan. Berikan diri anda masa sebanyak mana yang anda perlukan untuk membiasakan diri. Lakukannya satu persatu dengan perlahan. Jika anda mengalami penyusuan yang teruk pada satu hari, beritahu diri anda bahawa hari esok akan menjadi lebih baik. Sentiasa ingat bahawa sebarang masalah yang anda hadapi hanyalah untuk sementara. Menjelang pemeriksaan doktor pada minggu ke-6, anda sudah boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan.

Bolehkah saya menyusukan di tempat awam?
Walaupun anda rasa malu untuk menyusukan bayi di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Lagipun, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu.

Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang kerana ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah. Baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik)

Bagi anda yang bekerjaya,jangan risau anda masih boleh teruskan penyusuan susu badan.
Rajin2lah pam susu dan buat stok untuk bayi anda.
Jika majikan anda maklum mengenai penyusuan badan, mereka tentu tahu bahawa ibu-ibu yang menyusukan kurang perlu mengambil cuti kerana bayi mereka tidak kerap jatuh sakit.
Saya merasakan menyusui bayi dengan susu badan adalah saat2 indah yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Cubalah..anda pasti rasa teruja.
Menyusui bayi kecil dan bayi yang semakin membesar banyak ragam dan karenahnya.
Sebelum ni saya cuma menyusui bayi saya sehingga 6 bulan sahaja sebab saya kurang pengetahuan tentang susu badan.Tetapi yang bongsu ni saya berjaya menyusui sehingga saat ini kerana dalam Shaklee sangat mudah untuk mendapat ilmu tentang topik ini.
Lagipun pengambilan supplemen ni juga sangat membantu.
Terima kasih Shaklee.

Jom bersama saya untuk menjayakan sesi penyusuan bayi anda juga..
Hubungi SEKARANG

WhatsApp : 016-8154633
Email : ennchee.hc79@gmail.com
Facebook : Huiren Chee 
FanPage   : Vitamin Superb Ranau 
Terima kasih kerana sudi berkunjung disini..Jumpa lagi

3 comments:

Naimah Azizan said...

Setuju dengan info ini..bagus untuk ibu2 yg sedang menambah ilmu tentang penyusuan :)

Izzy Adlina said...

good sharing kak irene.. teringin nak experience this beautiful moment <3

anis natasha said...

Good sharing kak ;) saya kene blaja byk lagi ttg penyusuan ibu ini ;)