Monday, October 13, 2014

HIPERTENSI ATAU TEKANAN DARAH TINGGI





Hai semua..terima kasih sudi singgah disini..
Hari ini saya nak kongsi dengan anda tentang Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi.
Sejak akhir2 ini masalah darah tinggi semakin berleluasa.Ianya akan menimpa sesiapa sahaja tak kira umur ataupun jantina.
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik - bilangan yang lebih tinggi
Tekanan darah diastolik - bilangan yang lebih rendah











 Pemeriksaan Berkala Perlu atau Tidak?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
Sebab yang tidak diketahui (90%)
Sebab sekunder (10%)
Penyakit buah pinggang
Penyakit sistem endokrin
Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Merokok
Kegemukkan
Paras kolesterol tinggi
Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala.
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Komplikasi dan kesan buruk akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
Otak
Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

Penyakit jantung seperti :
Coronary Heart Disease
Congestive Heart Failure
Left Ventricular Hypertrophy

Komplikasi pada mata
Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

Komplikasi pada buah pinggang
Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
Peripheral vascular disease seperti
Aneurysm
Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Credit : Myhealth.com






Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Jangan risau,penyakit ini boleh dirawat
tanpa menggunakan ubatan
Perlu mengubah amalan cara hidup anda
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Anda juga boleh mengamalkan
pemakanan supplemen atau makanan tambahan.
Supplemen Pilihan Saya Sudah Tentunya Shaklee
Sentiasa Selamat,Berkesan Dan Mesra Alam

1.CoQHealth Plus
- Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

2. Garlic
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolestrol
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- menurunkan kolestrol LDL, trigliserida dan kelikatan darah


3. OmegaGuard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.

- Bertindak melancarkan saluran darah, membuang kolestrol . Kolestrol yang tidak terkawal menjadi bapa kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.


SET DARAH TINGGI

Ataupun,Anda juga boleh memilih VIVIX SHAKLEE

Vivix Ajaib

TESTIMONI DARAH TINGGI #1

TESTIMONI DARAH TINGGI #2



TESTIMONI DARAH TINGGI #3

TESTIMONI DARAH TINGGI #4


Untuk Tempahan Dan Konsultasi Percuma,Hubungi Saya SEGERA!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=07929c4f27367e5490900478a8fb77f9

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah. Cod/by hand Ranau Sabah
Shaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633
Email : ennena.hc79@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓ 



"Kesulitan Adalah Permulaan Kepada Kehidupan"

4 comments:

Anonymous said...

Info yang sangat berguna..tq sharing!shaklee is the best...

Unknown said...

wlcm..semakin lama sy semakin jatuh cinta dgn shaklee ni..hihi

Norwina said...

Jalani gaya hidup sihat serta pengambilan supplement shaklee..Tahniah info anda sangat lengkap

Unknown said...

Penting info sebegini. Kita kena sentiasa berjaga2 dari awal..faktor pemakanan pun sangat penting. Tahniah sharing ini sangat bagus!

www.bondasihat.com