Tuesday, October 14, 2014

HIPOTENSI ATAU TEKANAN DARAH RENDAH







TEKANAN DARAH RENDAH ATAU HIPOTENSI

Pernahkah anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepala?
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut terjadi dan pernahkah terfikir bahawa anda mempunyai masalah kesihatan?
Kadang2 rasa berdebar kerana takut manalah tau penyakit berbahaya kan..

Lazimnya apabila situasi tersebut berlaku, masyarakat hanya menganggap perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa kerana ia tidak berpanjangan. Tetapi tahukah anda, perkara yang dianggap sesuatu yang biasa itulah kadang kala mampu mengundang risiko di luar jangkaan.

Ini kerana senario di mana anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepala menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah.
Dan tahukah anda bahawa sekiranya anda mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan anda!

Penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika dibandingkan dengan tekanan darah tinggi. Pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.

Tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.
Tekanan darah rendah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran. Dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.

Punca atau Penyebab Berlaku
Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.
Tekanan darah rendah biasanya adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik. Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk ketika hamil dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.

Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi. Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.
Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu.


Ujian tekanan darah boleh dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan dan bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg. Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung ketika ini mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik dan ketika ini jantung mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah anda rendah.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan pendarahan akut, kurang darah (anemia), kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.



Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal. Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.

Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama. Adalah dinasihatkan jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah seperti rasa pening atau loya,sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor kerana ia bukan hanya untuk tahu kenapa tekanan rendah terjadi tetapi pesakit juga perlu tahu berapa cepat tekanan darah mereka menurun dalam satu-satu masa dan ini penting untuk mengelak perkara yang lebih serius terjadi.

Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan kematian dalam sesetengah keadaan, namun sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening perlu diselidik.






Antara ujian yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).

Untuk kes-kes tertentu ujian yang lebih spesifik perlu dilakukan seperti ujian paras hormon, ujian tilt table, dan ujian menuver valsalva. Masyarakat hari ini tidak peka atau kurang kesedaran mengenai tekanan darah rendah kerana mereka tidak nampak risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang.



Gejala atau tanda-tanda awal
Cepat lelah/letih
Pening kepala ketika posisi badan berubah
Sukar untuk berkonsentrasi
Mata berkunang-kunangdan mual atau loya
Kmulit berasa dingin
Pucat dan lembap
Pernafasan cepat dan pendek
Berpeluh sejuk dan cepat haus
Jika gejala/tanda-tanda ini berlaku,segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda.



Tekanan darah rendah ini juga sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
Jadi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Credit: -Utusan

Masalah ini sepatutnya boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Sudah tentunya supplemen Shaklee juga boleh diamalkan sebagai alternatif untuk mencegah seterusnya mengatasi tekanan darah rendah atau hipotensi.

SUPPLEMEN SHAKLEE TERBAIK UNTUK MENGATASI HIPOTENSI



1. VITA-LEA
Mutivitamin dan multimineral untuk keseimbangan nutrien dalam badan

2. B.COMPEX
Menambah Tenaga dan mengurangkan stress

3. SR VITA-C PLUS
Memaksimumkan penyerapan vitamin dan sistem imun badan

4. OSTEMATRIX
Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah

5. ESP SOY PROTIEN
Membekalkan protien terbaik dan membaik pulih sel-sel dalam badan

6. PERFORMANCE DRINK
Pembekal tenaga dan mengelakkan dehidrasi



Kita lihat apa pendapat mereka yang telah mengamalkan supplemen shaklee ini.

TESTIMONI HIPOTENSI #1

TESTIMONI HIPOTENSI #2

TESTIMONI HIPOTENSI #3

TESTIMONI HIPOTENSI #4


SARANAN SEORANG DOKTOR


Supplemen SHAKLEE Sangat sesuai untuk semua.Dapatkan konsultasi percuma apabila anda membuat tempahan disini..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b1ab8aea23da706493a95512b29c7dd7

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah. Cod/by hand Ranau Sabah
Shaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633
Email : ennena.hc79@gmail.com

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


"Kesulitan Adalah Permulaan Kepada Kehidupan"

3 comments:

irene said...

Info yang padat dan menarik untuk di baca.iawesome!!

Farizah Hamid said...

Good info! Sangat memberi manfaat. Keep on sharing!

www.bondasihat.com

Naimah Azizan said...

Jgn main2 dgn tekanan darah rendah. Bahaya.. Good sharing