Saturday, September 6, 2014

FAKTA TENTANG KANSER

Hai..semua.Kita bersua kembali di ruangan ini..
Kali ini saya senang sekali untuk berkongsi dengan anda semua FAKTA PENTING mengenai KANSER

APA ITU KANSER?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel.  Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan.  Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dansebagainya. 

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel.  Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. 
Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul.  Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti.  Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor.  Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel.  Tumor ini  mungkin adalah kanser. 
Sel-sel  kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Jenis-jenis Kanser dikalangan Wanita, Lelaki & Kanak-kanak :

WANITA
Kanser Payudara adalah penyebab utama kematian, seterusnya Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal dan Kanser Pangkal Rahim, Uterus dan Ovari.

LELAKI
Kanser Prostate adalah penyabab utama kematian, diikuti oleh Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal and Kanser Perut ( Stomach Cancer).

KANAK-KANAK
Kanser yang biasa menyerang adalah Leukemia, Kanser otak dan Lymphoma.

APAKAH YANG MENYEBABKAN KANSER?

Faktor Persekitaran - Karsinogen
Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .

Jangkitan Virus
Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.

Merokok
Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok dan sentiasa terdedah kepada asap rokok juga mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini.
Bahan karsinogenik yang terdapat dalam asap rokok menjadi punca utama kanser di samping bahan pencemaran alam sekitar yang boleh merosakkan kesihatan dan sistem pernafasan. 

Lebih daripada 4,000 jenis bahan kimia lain yang beracun seperti hidrogen racun sianida, DDT, formaldehid dan sebagainya.
Bahan-bahan kimia ini boleh mengakibatkan pelbagai kanser terutamanya kanser yang berkaitan dengan mulut dan paru-paru!

Genetik
Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.

Radikal Bebas
SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.
Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.
Saintis juga menganggarkan lebih 3 Trilion radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari.
Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

PUNCA RADIKAL BEBAS
Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
Minuman beralkohol.
Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
Sinaran ultra ungu.
Pencemaran alam sekitar.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

 Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Lagipun dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

Adalah lebih bijak sebenarnya jika kita mengambil langkah pencegahan sebelum bermulanya simptom kanser berlaku..

Untuk langkah pencegahan dan mengatasi kanser,kita juga boleh mengamalkan supplemen@makanan tambahan.
Pilihlah Shaklee.Sentiasa SELAMAT,BERKESAN dan SEMULAJADI

Hubungi saya SEGERA untuk konsultasi percuma dan tempahan supplemen.

  
 KLIK SINI untuk mengetahui Supplemen Shaklee yang Sesuai UNTUK Anda

No comments: