Monday, September 15, 2014

BETULKAH LELAKI TAK MINAT 'SHOPPING'?

Hai blogger sekalian..selamat hari Malaysia.

Saya agak terpegun dan tertarik tentang artikel ni.
Semasa blog walking saya jumpa info menarik ni,dan nak kongsi dengan anda semua..
Tolong tinggalkan komen atau pendapat anda selepas habis membaca yer..

Analisa Shopping - Kelompok lelaki dan perempuan

Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku?
Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang mereka minat.
Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan.
Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama...baru satu kedai !!yang lelaki penat dah tunggu...he3

Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Mereka masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China !!Loserrrr....

Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga..hahaa

Siapa Setuju Angkat Tangan...haha

Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi.
kebanyakan perempuan tidak suka shopping ditemani suami,sebab lelaki tidak pandai bagi pendapat.Apalagi kalau dah bosan menunggu..ditanya cantik ker tak? Jawapannya SEMUA CANTIK..hahaa

Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.

Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.he3...sebab tu lelaki barang dia 1 -2 jer , tetapi perempuan barang dia boleh penuh satu almari...ahaks

Sebenarnya dari kesemua di atas , lelaki merupakan pembeli yang paling cerewet , sebab apa?! sebab itu lah satu-satunya barang yang akan mereka pakai bertahun-tahun lamanya (setia beb) , tidak pulak bagi perempuan...pakai buang !!maksudnya...kalau boleh setiap hari nak beli , padahal barang yang mereka beli sama jer yang sebelum nie.Nampak tak !!betapa tak setia nya perempuan...maaf !! Jangan mare..
Kredit : Azie Namico

Kesimpulannya,Lelaki pun shopping juga cuma caranya berbeza dengan perempuan..hihi

Jika anda berminat nak shopping Shaklee,Sila hubungi saya SEGERA.

WhatsApp : 016-8154633
Email : ennchee.hc79@gmail.com
Facebook : Huiren Chee 
FanPage   : Vitamin Superb Ranau 

1 comment:

Erna Tinus said...

Jom Shopping Shaklee..Sy paling suka shopping on9..kihkihkih..