Tuesday, September 9, 2014

ANAK DEMAM

06 September 2014
Hari ini masuk hari kelima anak kecilku Azer demam berterusan.
Hatiku tersangat sakit melihatnya.Apa lagi yang harus kulakukan?
Sudah 3 hari berturut-turut asyik ulang alik ke hospital Ranau.
Pada malam hari ketiga Azer demam,doktor telah menjalankan ujian darah dan anak kesayanganku ini didapati telah dijangkiti virus dalam darahnya.
Doktor tu tak pula menyatakan virus apa,kerana katanya virus ni ada berjuta-juta jadi tidak dapat dipastikan.
Cuma,doktor tu cakap platelet darah anak ni rendah tapi belum sampai tahap kena admit wad.
Doktor tu juga telah memberi preskripsi untuk antibiotik yang baru.

07 September 2014
Hari ini saya mulakan memberi antibiotik baru kepada Azer.Seperti selalu,awal2 pagi demamnya tu taklah teruk sangat seperti pada waktu malam.Tetapi demam tu masih berterusan.Saya terpaksa bagi minum sirap paracetamol setiap 4 jam.
Hatiku sangat pedih sebenarnya kerana terpaksa menggunakan ubat tahan sakit ini secara berterusan.
Tapi tiada pilihan,kerana kalau tak makan ubat tahan sakit ni,Azer akan meraung-raung menangis sambil menekan kepalanya.'Mommy,sakit!', inilah perkataan yang keluar dari mulutnya sejak bermula demam panas tu..di sebut berulang-ulang sampai saya jadi panik dan rasa sangat tak berdaya.

Dalam masa yang sama saya masih teruskan memberi Azer minum milk Shakes + Performance Drink Shaklee dan Nutriferon.
Azer sangat lemah dan tak nak makan nasi.Makan pun dalam 3 sudu lepas tu nak muntah..huhu
Alternatif terakhir ialah bagi makanan tambahanlah kan..
Syukurlah saya dah kenal Shaklee.

Antibiotik dihentikan kerana kata doktor tidak perlu makan antibiotik pun.
Cuma kena sambung air/drip

07 Sept 2014.
My baby Eleazer Mikael Chee,telah diagnosis rendah kandungan platelet,sebab tu demam berterusan dan bengkak tonsil.
Jangkitan virus dalam darah.Sangat menyakitkan..kalaulah virus tu boleh dilihat dengan mata kasar,mahu saja saya lenyek2 sampai hancur.
Kesian sungguh cinta hati mommy ni..
Doktor akhirnya suruh admit wad dan diberi rawatan seperti pesakit denggi.
Balik2 periksa darah..kesian tau.Azer cuma berusia 4 tahun saja.


PLATELET
Platelet adalah potongan kecil dari sebuah sel yang ditemukan dalam darah yang terlepas dari sel besar yang ditemukan di sumsum tulang. Platelet membantu menyembuhkan luka dan mencegah perdarahan dengan membentuk gumpalan darah. Juga disebut trombosit.
Maksud perkataan platelet adalah :
serpihan sel berbentuk cakera darah yang membantunya membeku

Platelet ialah sel-sel dalam darah anda. Sel-sel ini membantu membekukan darah ketika perlu. Jumlah platelet yang normal ialah di antara 150 dan 400 juga bagi setiap mililiter darah. Kebanyakan wanita hamil mempunyai jumlah platelet yang normal tetapi kira-kira lapan peratus daripada mereka mempunyai jumlah platelet yang kurang sedikit.

Jika jumlah platelet anda jatuh hingga di bawah tahap normal ketika anda hamil, doktor akan menyifatkan anda menghidap trombositopenia gestasi (gestational thrombocytopenia). Jumlah platelet anda dianggap di bawah paras normal jika kiraannya di antara 100 dan 150 juta per mililiter darah
kredit: babycenter.com

09 September 2014
Azer dibenarkan pulang kerumah.Saya sebagai ibunya rasa sangat bersyukur.Terima kasih Tuhanku,Engkau telah mendengar doa hambamu yang lemah ini.

Yakobus 5:15-16  Dan doa yang lahir dari iman akan menyelamatkan orang sakit itu dan Tuhan akan membangunkan dia; dan jika ia telah berbuat dosa, maka dosanya itu akan diampuni.
Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.

Doktor bagitau supaya tak perlu risau kerana Azer bebas denggi,malaria dan penyakit lain.Dia cuma kena demam virus dan akan pulih sendiri.
Kami cuma perlu pantau keadaannya dan pastikan Azer minum air kosong banyak2.
Doktor juga syorkan supaya Azer diberi minum isotonik supaya badannya boleh mencipta platelet baru dan akhirnya sembuh sendiri.

Saya sebagai pengedar sah Shaklee tidak teragak-agak untuk meneruskan memberi anakku ini makan dan minum supplemen Shaklee ni.

Saya memilih produk yang terbaik untuk lebih berkesan.
Shaklee kan Sentiasa SELAMAT,BERKESAN DAN SEMULAJADI

Gambar diatas ni adalah set supplemen shaklee yang saya berikan kepada anak2 saya.
Untuk Azer yang sedang sakit,
Saya juga menambah Nutriferon untuk 'boost' antibodi.Tapi kena waspada kalau anak demam panas dan tidak mahu minum air banyak,jangan bagi Nutriferon.Sebab nutriferon ni panas,kalau TIDAK banyak minum air kosong takut pula bertambah demam anak tu..
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplemen diatas,bolehlah menghubungi saya SEGERA

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah. Cod/by hand Ranau Sabah
Shaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633
Email : ennchee79@yahoo.com
FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau
FB :  Huiren Chee 

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓

2 comments:

Mia Evan said...

Jangkitan virus tdk bertindak balas sma antibiotik sbb virus ada kitar hidup. Kalau antibodi kuat, virus tu hilang sendiri.
Tp kalau jangkitan bakteria, mesti bg antibiotik. Pernah sy tanya tu napa anak sy d bg antibiotik ms admit hospital. Marah lah pula drg bila sy mula bertanya. Kalau doktor pkr kanak2, drg tdk pernah bg antibiotik kalau demam biasa bukan jangkitan bakteria. Yg penting cukup air dlm bdn.

Unknown said...

Betul tu..mula2 doktor biasa bagi mkn antibiotik tp slps kunjungan dri doktor pakar,antibiotik dihentikan.
Anak demam berterusan ni memang agak mencemaskan.