Saturday, August 9, 2014

JOM JOIN SHAKLEE

Hai..selamat malam.
Keseronokan bersembang dengan teman2 satu kelas 'form 5' dulu membuatkan saya terleka sebentar...hihi
Kami baru 'create group' di whatsapp.Seronok sungguh rasa macam muda baliklah pula..kihkihkih..
Kali ini saya nak share dengan anda semua kelebihan apabila join/daftar jadi ahli shaklee.
Kenapa nak 'share'?
Sebab,saya adalah pengguna tegar dan juga pengedar sah shaklee.Dalam tempoh terdekat ni saya akan cukup setahun dalam shaklee.
Selama ini saya sangat berpuashati dengan produk untuk kesihatan ni.Saya juga suka pelan bisnes dalam shaklee ni.Terbaik sungguh!!
Dalam shaklee..apa kita boleh dapat?
Sangat bermanfaat untuk kesihatan
1. Dapat bonus daripada point terkumpul & bonus leadership.
2. Untung runcit 15%-20% bila kita jual vitamin dengan harga runcit (retail price).
♡Kelebihan join member shaklee selain dpt beli vitamin dengan harga ahli;
Boleh dapat :
1.PB - Personal Bonus
2.NPB - Net Personal Bonus
3.LB1 - Leadership Bonus 1
3.LB2 - Leadership Bonus 2
4.LB3 - Leadership Bonus 3
5.LB4 - Leadership Bonus 4
6.LB5 - Leadership Bonus 5
7.LB6 - Leadership Bonus 6
8.CAR - Car Subsidy Program
9.CIB - Coordinator Incentive Bonus
10.KIB - Key Coordinator Incentive Bonus
11.MIB - Master Coordinator Incentive Bonus
Pelbagai insentif yang ditawarkan oleh Shaklee kepada mereka yang layak iaitu;
1) GANJARAN TUNAI (CASH)
♡Bonus peribadi sehingga 21%
♡Leadership bonus sehingga 6 level
♡Insentif Coordinator sehingga 1.5%
2) PROGRAM KERETA (CAR)
♡Peluang mendapat insentif berupa wang tunai khas untuk pembayaran kereta
3) PERCUTIAN (CONVENTION)
♡Berpeluang menikmati percutian bertaraf "5 BINTANG" yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee termasuk percutian dalam dan luar negara
♡Berpeluang untuk mengerjakan umrah tajaan sepenuhnya oleh Syarikat Shaklee Malaysia.
No 1 hingga 11 di atas tu adalah berbentuk bonus @ cash yg kita akan dapat ikut kelayakan. Sebab tu, bila kita buat shaklee bersungguh2, bonus sangat besar..
Dalam shaklee ada rank2 tertentu juga..makin tinggi rank, bonus pun makin besar..
RANK yang boleh dicapai dalam shaklee :
Supervisor
Senior supervisor
Coordinator
Sr coordinator
Key coordinator
Sr key coordinator
MASTER COORDINATOR
Untuk capai setiap ranking di atas ni pula, ada syarat2 yg perlu dipenuhi..
Kalau tidak minat bisnes, join ahli untuk dapat harga ahli bagi diri sendiri dan family pun boleh.
Saya memilih Shaklee untuk bisnes yang menguntungkan,kerana Shaklee terbaik untuk kesihatan.Plan bisnes yang sangat mudah difahami.Cubalah,Anda pasti takkan menyesal!
                  
                     SERTAI KAMI SEGERA!!
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera!
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)
Email : ennchee79@yahoo.com
FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau 
FB :  Huiren Chee 
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Friday, August 8, 2014

TERBAIK UNTUK KAWAL KOLESTEROL

Apakah Kolesterol Tinggi???

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi satu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ).


★Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi
★Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia .
Jika tidak dirawat, boleh mengancam nyawa.Masalah kesihatan yang boleh menjadi isu.
Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin

★Rawatan yang boleh dilakukan
★Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam
• Mengambil PHYTOCOL

Semasa NC Shaklee Jun 2014 yang lalu,Shaklee Malaysia telah melancarkan produk baru di pasaran Malaysia.Terbaik untuk mengawal kolesterol.

                                         ★Memperkenalkan PHYTOCOL-ST Shaklee★



Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari.
PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

★Kelebihan dan Keistimewaan PHYTOCOL-ST Shaklee★
Fitosterol Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin. Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian. Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol bertindak?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.
Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Anda boleh menghubungi saya segera untuk mendapatkan produk "Superb" ini.

------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]
Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)
Email : ennchee79@yahoo.com
FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau
FB Akaun : Huiren Chee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya
✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Thursday, August 7, 2014

KENAPA DIET SELALU GAGAL

Hai..hai..hai..jom kita baca info menarik ini.

                  7 Punca Diet Selalu Gagal

- Jika berbagai cara menurunkan berat badan sudah anda lakukan namun berat badan anda belum menunjukkan perubahan yang signifikan maka tentunya ada sesuatu yang salah dengan diet yang anda laksanakan.

Penurunan berat badan walaupun sedikit boleh memberi pengaruh positif terhadap komitmen seseorang menjalani program diet. Lantas apa yang mungkin boleh menjadi punca berat badan tak juga turun walaupun sudah berusaha diet?

Berikut hal yang paling sering menyebabkan diet anda tak kunjung membuahkan hasil:

1. Terlalu banyak makan makanan sihat
Walaupun kacang-kacangan, alpukat, roti gandum dan minyak zaitun tergolong dalam makanan sihat, namun semua ini tetap mengandungi kalori. Mengonsumsinya memang akan memberikan manfaat sihat, tetapi ingat bahawa anda masih tetap perlu menghadkan pengambilannya.

2. Melewatkan sarapan
Melewatkan sarapan akan membuat tubuh anda 'bertahan' pada lemak. Orang yang sarapan secara teratur lebih berpotensi untuk boleh menurunkan berat badan. Jadi, pastikan anda menyempatkan diri untuk sarapan setiap pagi untuk meningkatkan metabolisme tubuh.

3. Tidak mengawal hidangan
Kawalan hidangan adalah salah satu kunci penting untuk mendapatkan diet yang seimbang. Itulah sebabnya mengapa penting untuk membiasakan diri menghitung kalori dan menghadkan diri jika memang makanan yang anda makan sudah cukup. Jangan memaksakan diri tetap makan walaupun anda sudah merasa cukup kenyang.

4. Makan sambil berdiri
Makan sambil berdiri merupakan salah satu cara makan yang tidak sihat. Usahakan untuk menyediakan masa khusus untuk makan dan lakukan sambil duduk hingga makanan tersebut habis.

5. Tidak cukup tidur
Jika anda sedang dalam usaha penurunan berat badan, maka cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam adalah mutlak. Rehat dan tidur akan membantu memulihkan tenaga dalam tubuh.Kurang tidur akan menjejaskan kemampuan tubuh anda untuk mengawal nafsu makan.

6. 'memanjakan' diri dengan makanan rendah lemak
Terdapat beberapa makanan rendah lemak pencetus obesiti. Hati-hati, bungkusan makanan berkalori rendah dan makanan rendah lemak (low fat food) boleh menipu. Sebab faktanya mereka juga mengandungi bahan kimia tambahan seperti gula atau sodium tambahan. Tak hanya kurang berkhasiat, makanan jenis ini pada akhirnya membuat anda menjadi makan dengan hidangan yang justru lebih banyak.

7. Kurang makan sayur-sayuran

Terdapat beberapa sayur yang boleh menurunkan berat badan. Lima hingga tujuh hidangan harian buah dan sayuran sangat penting untuk semua orang. Serat yang banyak terkandung di dalamnya akan membuat tubuh merasa kenyang lebih lama, sehingga akan lebih terasa manfaatnya pada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Kredit : Mr.Google

*Info Penting: Penurunan berat badan yang mendadak.
Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.
Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih tak turun-turun? akan terjawab.

Jangan pernah berputus asa.Jika anda sungguh2 mahukannya,anda pasti akan mendapatkannya.

Di Shaklee ada caranya untuk anda lebih berjaya diet secara sihat.
Anda pasti terkejut dengan hasilnya..

Sila  KLIK SINI untuk info terperinci Set Diet Shaklee

Untuk Mendapatkan PRODUK dan rundingan percuma,Sila HUBUNGI SAYA SEGERA!

------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera!

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau 

FB Akaun :  Huiren Chee 

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Post by HuirenChee

Wednesday, August 6, 2014

TIPS BERJAYA MENYUSU BADAN

Helo semua..
Apa khabar ibu2 semua hari ini?
Tahniah saya ucapkan kepada yang baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Entry kali ini saya nak share dengan anda semua tentang Susu Ibu.

 Penghasilan susu ibu perlukan protein, zat besi dan mineral.Kalau ibu ambil banyak zat besi dan protein lagi cepat bengkak dan penuh susu. Kerana zat besi berperanan menambah darah. Kurang darah apa akan jadi? Badan cepat penat.Bila badan penat,tenaga pun kurang dan rasa bagai tak larat nak menyusui bayi tu.
 Bila period, darah kotor banyak keluar, badan kurang kalsium.Kalsium dan zat besi penting untuk hasilkan darah, 'hb low' pun boleh menyebabkan penghasilan susu berkurangan malah boleh membahayakan kesihatan ibu sendiri.
 Ibu sihat, susu banyak, lebih2 lagi jika kerap mengepam, kerap direct feeding, prolaktin lagi banyak terhasil dan kuantiti susu pun bertambah.

Bagi ibu2 yang baru bersalin selalunya ada masalah kurang susu badan.Tapi jangan risau bila bayi kerap menyusu pasti akan banyak susu badan tu.Tak payah risau bayi tak cukup susu,perut bayi baru lahir sangat kecil sebenarnya.

Klik sini untuk info lanjut;
 Saiz perut bayi 

Ibu2 jangan pula anggap setiap kali bayi menangis tu nak susu saja,mungkin ada penyebab lain.
Kita memang sangat lembut hati terhadap bayi yang baru lahir sehingga setiap kali bayi menangis kita beranggapan yang bayi tu tak cukup susu..hihi
Tak sebenarnya,kadang2 bayi tu cuma nak dipeluk ataupun rasa tak selesa.Kenal pasti apa penyebab bayi tu menangis yer..

Memang agak mencabar tugas seorang ibu ni.Kadang2 ada ibu yang nak bagi bayinya susu badan tapi bayi tu tak nak hisap pula.Rasa macam menyusahkan bayi kalau paksa dia hisap kan..tapi tahukah ibu2 semua kita dalam dunia yang serba mencabar.Jadi, kan elok kalau sejak awal lagi kita ajar anak2 kita ni berusaha..maksud saya jika bayi diberi susu formula dalam botol, kan kita dah mula ajar dia untuk mendapatkan sesuatu dengan sangat mudah.Susu dah siap sedia,tak payah bersusah payah nak hisap pun susu tetap keluar melimpah ruah..hihi
Kalau bayi sudah terbiasa minum susu yang siap sedia dia akan jadi malas berusaha untuk dapatkan susu.
Susu formula dan susu ibu amat berbeza kerana dalam tempoh awal kelahiran memang susu ibu ni tak banyak.Perlukan rangsangan untuk perbanyakkan kuantiti susu tersebut.
Zat dan kebaikannya untuk bayi juga sangat berbeza.


Memberi bayi minum susu badan juga banyak manfaat kepada ibu..

*Penting : Untuk banyakkan susu badan, konsep asas penyusuan perlu difahami.
Kerap menyusukan bayi dan pam sekerap yang mungkin ketika bekerja supaya payudara kosong,apabila payudara kosong otak secara automatik akan memberi signal untuk membuat susu.Walaubagaimana pun anda di nasihatkan agar tidak berdiet, minum air yg secukupnya dan rajin berdoa minta dibanyakkan susu.

Shaklee ada set penyusuan yang boleh membantu anda lebih berjaya untuk menyusui bayi anda.

SET MENYUSU BADAN 3M ESKLUSIF      SHAKLEE

Mengapa Set Penyusuan Shaklee penting dan sangat membantu untuk ibu menyusu?

      

         ESP Soy Protein Isolate Powder

- Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan - Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat - Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri.

*Saya pengguna tegar ESP

                       Alfafa Complex

- Juga bertindak sebagai "milk-booster" - melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang - Menghilangkan kelesuan dan tekanan - Membantu masalah penghadaman dan pencernaan - Melegakan sembelit - Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan (Tidak digalakkan diambil semasa bayi belum bebas masalah jaundice)

                     Vitalea (Multivitamin)

- Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga - Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah

                            B-Complex

- Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga - Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu - Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam.

                Sustained Release Vita C

- Bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan - Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit - Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

                    Ostematrix (Kalsium)

- Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. - Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. - Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga - Membantu Melegakan dan mengelakkan masalah sembelit.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee atau nak dapatkan produk ini boleh menghubungi saya segera..

------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera

Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau 

FB Akaun : Huiren Chee 

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Post by HuirenChee

Tuesday, August 5, 2014

GLA COMPLEX TERBAIK

5 Sebab Kenapa GLA Complex Shaklee Sangat Best

1. GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Apapun kena bear in mind, kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH jugalah yang menentukan hasilnya. Syukurlah.. Setakat harini, memang banyak testimoni customers kami yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada customers kami yang berada dalam groups ekslusif kami di Facebook, anda sendiri tahu tentang testimoni-testimoni ini, kan?

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?

Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangka hayat sperma di dalam tiub fallophuian sehingga 5 hari . Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.

Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.

2. GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex ini  akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.

Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

3.GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan tampak lebih berseri-seri.

#Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.

4.GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung

GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL);  mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.

Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambah baik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

5.GLA Complex Untuk Awet Muda

Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb  .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

           Nak order Gla promosi?
           atau nak order 1 sahaja?

           Hubungi saya sekarang.

                CLICK HERE 


------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee

AWARD PERTAMAKU DI SHAKLEE

Ponn...pon...
Selamat malam semua..selamat bertemu kembali.

Kali ni saya nak share dengan korang semua rasa bersyukur dan gembiranya saya dalam shaklee..hihi

Pagi tadi encik Gdex datang membawa bungkusan order saya yang kontroversi time closing Julai lalu..Siapa yang ada terbaca post saya d wall fb tengahmalam@awal pagi 1 ogos lalu tentu faham maksud saya ni..
Dan saya sungguh terkejut,sebab saya cuma buat order untuk 1 bungkusan tapi kenapa 2 yang sampai??
Encik Gdex yang memang sudah sangat mengenali saya sejak saya mula buat bisnes Shaklee ni pun bingung dengan pertanyaan saya..hihi..Kenapa 2 kotak?Dia cakap"ambil sajalah,kan dah tulis nama ko sana tu"slang sabahan kami..
Excitednya saya,Kotak kecil tu jadi pilihan utama untuk dibuka dulu.Anak lelaki saya yang sedang bersiap-siap ke sekolah sesi petang pun tidak mahu ketinggalan nak tahu sangat apa isinya..kihkihkih
Korang nak tahu juga ker?

Jeng...jeng..jeng..!!

Wow...!! Award pertamaku di   Shaklee           

Saya sangat teruja dan bersyukur kerana walaupun saya tidak dapat hadir ke semenanjung malaysia masa NC hari tu Shaklee tetap hantar TROPI ni sampai rumah.Terima kasih Shaklee.

Mungkin bagi orang lain Tropi ni tidak berharga pun.Tapi bagi saya ianya sungguh berharga.Sebab,tropi ni adalah tanda kerja keras saya selama ini dalam shaklee.Tropi ni mengingatkan saya pahit manisnya perjuangan saya mencapai rank SUPERVISOR Shaklee.Banyak kenangan sebenarnya.
Saya akan cukup setahun dalam shaklee 16 ogos nanti.Cita2 dan impian saya dalam bisnes ni sangat besar..Saya nak duplicate upline dan super upline saya.
Saya nak kehidupan yang bebas masalah kewangan.
Saya juga sangat2 ingin membantu lebih ramai orang untuk lebih menghargai diri masing2.Kalau kita menghargai diri sendiri kita tidak akan membiarkan diri kita jatuh sakit,betul tak?

Saya tidak cakap makan supplemen pasti sihat sentiasa.Cuma,Sekurang-kurangnya bila ambil supplemen kita sudah mulakan langkah pertama untuk mengubah cara hidup kearah yang lebih sihat.
Kita hidup dalam dunia@bumi yang sudah sangat tercemar.Cara hidup masa kini juga sangat berbeza dari cara hidup nenek moyang kita dulu yang boleh capai usia 80-100 tahun.
Sekarang ni muda2 pun dah kena stroklah,darah tinggilah,diabeteslah dan banyak lagi masalah kesihatan.Semuanya berpunca dari cara hidup dan pengambilan makanan kita sehari-hari.

KENAPA SHAKLEE PILIHAN SAYA?

Shaklee sudah sangat lama di pasaran.Lebih 50 tahun di pasaran dunia dan lebih 20 tahun dalam pasaran malaysia.
Saya tidak perlu takut atau was-was jadikan produk shaklee makanan penting untuk kami sekeluarga kerana saya tahu,Shaklee sentiasa SELAMAT,BERKESAN DAN SEMULAJADI.
Sangat banyak TESTIMONI daripada para pengguna Shaklee ni.Kalau produk tidak bagus memang sudah lama "kondem"lah kan..hehe..

Oklah saya tidak mahu tulis panjang sangat nanti tak "suprise" pula bagi anda yang ada hati nak join kami..kihkihkih..

#Thank you Lord kerana membiarkanku mengenali SHAKLEE!!

Bagi anda yang berminat nak join kegembiraan buat bisnes Shaklee ni boleh HUBUNGI saya bila2 masa.Saya cuma WAHM jadi saya ada banyak masa terluang untuk membantu anda..


------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee

Monday, August 4, 2014

DIET SIHAT-SHAPE UP PLAN

Hai..selamat bertemu kembali dan selamat beristirehat semua.
Entri kali ni saya nak share tentang 'Diet'
Selepas puas beraya sakan dan makan makanan berminyak sepuas-puasnya,tibalah saat untuk kembalikan program diet yang telah tertunggak..hihi

Menurut medicalnewstoday.com, perkataan diet datang dari bahasa Perancis lama diete dan Medieval Latin dieta bermaksud "a daily food allowance" dan bahasa Latin diaeta dan Greek diaita bermaksud "a way of life, a regimen".

Diet boleh diterangkan sebagai cara pengambilan makanan dan minuman yang dirancang untuk mencapai berat badan yang ideal dan diidamkan atau cara pemakanan mengikut gaya hidup.

Anda boleh merujuk di www.healthline.com tentang  23 pelan diet yang popular pada masa sekarang.

Setiap pelan diet ini mempunyai kelebihan dan kekurangan terserah kepada individu untuk memilih mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan masing2
Antara pelan diet yang menarik minat saya adalah;
BestLife Diet yang dibangunkan oleh exercise physiologist, BobGreene. Greene terkenal selepas selebriti dan pengacara terkenal Hollywood,Oprah Winfrey memperkenalkan bukunya yang bertajuk Make The Connection;10 Steps To A Better Body and A Better Life pada tahun 1996.

Bagi Greene, diet melibatkan proses fizikal dan mental dan proses ini wajib ditangani dengan baik untuk menjayakannya. Pelan diet Greene terbahagi kepada 3 fasa iaitu:-

Fasa 1
Tempoh : Minimum 4 minggu
Matlamat : Menyediakan badan anda untukmengurangkan berat
- Memulakan aktiviti fizikal seperti bersenam
- Menstruktur cara pemakanan
- Meninggalkan 6 jenis makanan (berbeza mengikut individu) seperti makanan segera
- Meningkatkan metabolisma untuk membakar kalori

Fasa 2
Tempoh : Minimum 4 minggu
Matlamat : Membantu mengekalkan kalori yang diperlukan sahaja
- Mengurus atau menyelesaikan masalah selalu rasa lapar
- Meningkatkan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu tahap lagi
- Memahami emosi yang menyebabkan rasa lapar
- Memperkenalkan cara makan mengikut portions untuk mengawal kalori

Fasa 3
Tempoh : Sepanjang hayat
Matlamat : Mengekalkan tabiat pemakanan sihat
- Membentuk tabiat makan untuk sihat
- Mengekalkan aktiviti fizikal
- Mengurangkan pengambilan makanan berlemak atau berkalori tinggi
- Mengurangkan makanan tinggi gula dan garam.

Untuk membantu anda lebih mudah menjayakan fasa 1 dan 2 diet ini Shaklee ada Supplemen yang sangat sesuai;

          
                OMEGAGUARD

Produk cadangan untuk Memberi kesan positif dalam peningkatan metabolisma semasa membakar lemak yang sekian lama tersimpan di dalam badan.Omegaguard ini sentiasa bertindak membakar lemak walaupun ketika sedang tidur. 

                 LECITHIN

Ianya sangat membantu untuk Mengemulsi atau memecahkan lemak di dalam darah kepada molekul yang lebih kecil untuk menghalang mendapan lemak terutamanya pada arteri atau salur jantung 

                     ALFALFA

Setelah pemecahan lemak, paras toksin dalam badan akan meningkat. Toksin ini perlu dineutralkan untuk melindungi organ-organ badan terutama hati.Alfalfa sangat bagus sebagai pembuang toksin dan juga bertindak sebagai pelawas

         CINCH SHAKE MIX

Ada tiga perisa pilihan
1.Vanila
2.Coklat
3.Cafe Latte
Pilih saja mana satu perisa kegemaran anda.

Membekalkan protein untuk meningkatkan jisim otot dan diperkaya dengan leucine untuk membuat anda rasa kenyang kerana leucine bertindak menyelaras paras gula dalam darah.Ia melambatkan penukaran gula kepada glukosa bermaksud isyarat lapar akan lebih lambat dihantar ke otak. Diet tinggi protein juga merangsang pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan yo-yo  akibat daripada diet yang melampau.


      CINCH TEA ENERGY MIX

Membuat badan kekal bertenaga dan juga sebagai alternatif minuman bergula dan kopi.Boleh dibancuh kedalam botol minuman untuk bekalan air minuman sepanjang hari.

                    HERB-LAX

Membantu usus untuk mempercepatkan proses pembersihan, mengempiskan perut dan memberi kepejalan kepada perut.Tidak perlu risau sebab Herblax ni cuma julap lembut dan sangat selesa rasanya.

                   VITALEA

Membantu mengekalkan tahap kesihatan, melengkapkan nutrisi dan memelihara organ dalaman terutama hati, buahpinggang dan jantung.Memastikan tubuh badan sentiasa cukup nutrien sepanjang tempoh berdiet

P/S : Diet bukan hanya bermaksud mengurangkan saiz makanan tetapi  makan apa yang diperlukan oleh badan untuk sihat dan berfungsi dengan optimum. Jaga pemakanan anda untuk kekal sihat dan aktif selagi nyawa dikandung badan.

Kredit: Gojes-u

Berminat dengan Shaklee?
Hubungi saya SEKARANG!

------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee

Saturday, August 2, 2014

BERITA BAIK SHAKLEE OGOS INI

Tweett..tweet..!!Apa Khabar semua?
Rasanya macam dah lama tidak buat entri..kesibukan melanda hingga tidak sempat nak buat entri berita baik dari SHAKLEE!

Bulan ogos ni banyak berita menarik buat ahli2 Shaklee.Anda yang dah join ahli memang dah tahu kan..hihi

Bulan Ogos ni sangat best kerana untuk pengedar Shaklee yang sah, kita layak membeli promo khas ini dari Shaklee tau!

Beli 6 PERCUMA 1 botol
GLA Complex Shaklee.

Apa benefit yang saya dapat kalau saya beli ni? Kalau orang buat bisnes berbaloi lah...itulah pendapat yang disuarakan oleh mereka yang hanya pengguna tegar Shaklee ataupun pengedar Shaklee yang baru sebulan dua menyertai Shaklee. Tapi sebenarnya promo ini sesuai untuk semua orang !

Apa yang best ?

Sebotol GLA adalah untuk 2 bulan consume. So bila kita beli set promo ni, dah pasti 2 bulan kita dapat makan secara percuma! Dah jimat RM91.25 !!!
Lebih jimat kalau anda dah join ahli...

Siapa sebenarnya yang sesuai makan GLA Complex Shaklee* ?

1. Mereka yang mempunyai masalah pms yang tidak teratur.
2. Mereka yang ada masalah kesuburan.
3. Mereka yang mempunyai masalah diabetis
4. Mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi.
5. Mereka yang mudah demam.
6. Mereka yang ada masalah kulit berjerawat.
7. Mereka yang ada masalah jeragat.
8. Mereka yang akan melalui menopause
9. Mereka yang nak sihat !

Antara testimoni menarik selepas makan GLA : Bintik Kolestrol dah Hilang!!!
Testimoni ini daripada pengguna Tegar dan juga pengedar sah shaklee selama lebih 15 tahun.

*Kredit:Better you Better world

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Khas untuk Ahli2 Shaklee,bulan ogos ni ada banyak lagi berita menarik kan...hihi
Kalau anda juga berminat nak tahu,Jom...Hubungi saya SEKARANG juga.


------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee

Wednesday, July 30, 2014

SET HAMIL SHAKLEE

~ SET IBU HAMIL SIHAT & BERTENAGA~

Hi..semua ibu2 mengandung dan yang sedang bersedia untuk mengandung..
Entri ini khas untuk anda yang sangat mementingkan kesihatan.

Tentu kita semua sudah sedia maklum bahawa;
Ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi bagi memastikan badan yang sihat dan kesejahteraan baby didalam kandungan . Keadaan kesihatan ibu yang terganggu boleh memberi kesan sampingan terhadap bayi.

Bagi ibu ibu hamil yang masih tercari cari apakah suplement yang sesuai diambil semasa hamil, Shaklee ada jawapannya..


SET HAMIL/MENGANDUNG SHAKLEE
1. Vitalea
2. B.Complex
3. Vitamin C
4. Ostematrix
5. ESP
6. Omegaguard

Jom baca info di bawah ni..

1. Vita-Lea

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vitalea ini, tak perlulah mengambil OBIMIN lagi,Kerana dalam Vitalea sudah cukup lebih2 lagi bila di ambil bersama B.Complex.

2. B-Complex

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.Juga sangat membantu dalam penyerapan vitamin dalam badan

4. Ostematrix / Kalsium

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas.
Sangat sesuai diambil oleh ibu2 hamil yang ada masalah sembelit.Ostematrix ini sangat membantu anda menyelesaikan masalah sembelit dan boleh juga digunakan sebagai pengganti ubat tahan sakit ketika pening atau sakit kepala.

5. ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

6.Omega Guard (Start Trimester 2 & 3)
Apa tu Omega Guard?
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan konsultasi percuma dan tempahan produk.
Kalau anda tinggal dalam area Pekan Ranau bolehlah berjumpa saya untuk penghantaran percuma produk Shaklee ini.


------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee

Monday, July 28, 2014

KEKAL LANGSING DI HARI RAYA


Hi..salam sejahtera semua.
Selamat berhari raya kepada anda yang menyambut hari raya.
Kebiasaanya musim perayaan ni adalah musim makan besar..hihi
Jangan terlebih gelojoh sudahlah yer...kihkihkih..
Gara2 makan besar ni ada yang akan mengumpul lemak atau kolesterol berlebihan dan kalau dibiarkan boleh memudaratkan kesihatan.

KENAPA BOLEH KURUS DENGAN OMEGAGUARD?

Akhir2 ini kita selalu nampak ada bermacam-macam produk kurus di pasaran.Di Shaklee juga ada produk yang sangat baik untuk anda yang mahu kurus secara sihat.
Pengambilan Omegaguard secara konsisten dan berterusan sangat digalakkan kerana omegaguard ni sangat banyak manfaat untuk kesihatan.

Omega bakar lemak

> Pengambilan 3 biji sehari selepas sarapan/ lunch mampu memberi rasa kurang lapar kepada anda.

> berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma

> kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu menghalang pembentukan lemak badan hodoh & menggalakkan  pembakaran lemak dengan cepat.

> Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan  apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan.

> membantu masalah perut buncit dan obesiti.

> kesimpulannya omega mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat..

MANFAAT LAIN

stroke>>memelihara dari penyakit stroke, penyakit jantung , kencing manis, gaot, tulang dan sakit sendi.

>>melincirkan saluran  dan peredaran darah. Mengekalkan tekanan darah normal serta ketegangan  dileher atau sakit kepala.

>> Sangat baik untuk wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin). Melicinkan kulit yg akan kelihatan kemerah-merahan.

>>mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yg menyebabkan PMS.

>>memperbaiki  masalah alahan kulit seperti eczema, proriasis dll.

>>Baik untuk ibu yg hamil (1 biji sehari) kerana membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. DHA & EPA  dari omega ni sangat penting  untuk pembentukan otak & mata bayi

>> Baik bagi ibu hamil untuk mengawal paras kolestrol dalam badan.

>> Baik untuk ibu yg sedang menyusu kerana pengambilan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan  susu ibu dapat mengekalkan perkembangan otak anak.

>> membantu menghindarkan anak2 drp gangguan  hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) / autisme.

>>kanak-kanak  adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg pintar perlukan makanan yg kaya dengan asid lemak omega 3, DHA & EPA.

>>juga sangat bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema dll.

>>mencegah Insomnia & mengurangkan tekanan. Kajian  membuktikan bahawa EPA & DHA  mempunyai keupayaan utk menstabilkan emosi & membantu dlm perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan , tekanan, kebimbangan, neurasthenia & penyakit schizophrenia.

#Jangan lupa,Pastikan anda telah sediakan sebotol omegaguard untuk kegunaan seisi keluarga musim raya ini.
#Untuk dijadikan set diet dan kurus jangan lupa sertakan juga supplemen untuk pelawas.
Anda boleh pilih nak Alfalfa ataupun Herblax.
Nak tahu info alfalfa dan herblax ini?
Jom..Hubungi saya segera!

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom Sihat Bersama Shaklee

hubungi saya pengedar Sah Shaklee kawasan anda.

====================================================

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus 

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.

 Cod/by hand Ranau SabahShaklee ID [ No : 992592 ]

Contact No : 016-8154633(Whatsapp/Wechat)

Email : ennchee79@yahoo.com

FB FANPAGE : Vitamin Superb Ranau

FB Akaun : Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 992592. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 992592 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓


Posted by Huiren Chee