Tuesday, February 24, 2015

CUACA PANAS AKAN MELANDA NEGARA

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Hai salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru cina.
Kami sekeluarga telah selesai merayakan sambutan CNY dengan begitu meriah sekali seperti tahun-tahun sudah.

Saya selitkan beberapa keping gambar keluarga kami semasa sambutan CNY tahun ini..✌✌



Okeylah..Sebenarnya saya nak berkongsi dengan anda tentang berita yang agak merisaukan,iaitu Cuaca panas Ekstrem yang akan melanda negara Malaysia kita.

Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Sumber :  UTUSAN ONLINE 


MINUMAN ISOTONIK TERBAIK

Berwaspadalah dan beringat sebelum kena.

Untuk pengetahuan anda,Shaklee ada minuman Isotonik yang sangat terbaik untuk mencegah daripada terhidrasi.

IANYA SESUAI UNTUK SEMUA

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE



Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
Mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif bersukan.
Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
Para pesakit yang menghidap gout.
Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
Anak-anak yang demam.
Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata memilih Performance Drink Shaklee?

Bebas gas atau tidak berkarbonat.
Kurang  kandungan gula (less sugar).
Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh  LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran kami sekeluarga. Sesuai juga untuk anak-anak saya yang dalam proses membesar, memanjat, berlari-lari, melompat dan juga khas untuk breastfeeding mother seperti saya sendiri. Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya.

Memang cukup berbaloi memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga kita yang aktif untuk terus kekal lasak walaupun ketika menghadapi cuaca panas terik, tanpa meragui khasiat yang diberikan kepada diri sendiri dan keluarga berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran?

Pilihan Hebat Untuk Semua!

Jadi tunggu apa lagi? Tempahlah SEKARANG JUGA.

HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK KONSULTASI PERCUMA


PENGEDAR SAH SHAKLEE SELURUH MALAYSIA


1 comment:

irene said...

Wah..ada gambar chee family o😚😚
Jom minum performance drinks setiap hari