Friday, May 9, 2014

KESAN SAMPINGAN PRODUK SHAKLEE??

 Kesan Sampingan Produk Shaklee @ Masalah Yang Sengaja Disembunyikan Salam Sejahtera semua.. Adakah review yang ikhlas tentang produk Shaklee di internet? Asyik asyik cerita yang baik je. Meletup letup pujian pada produk Shaklee. Betulkan? Kadang kadang rasa macam syok sendiri pun ada. Haha.. Oleh sebab ramai yang bertanya soalan ni, sebagai pelanggan dan pengedar produk Shaklee kepada anda,Sy nak kongsikan sisi lain produk Shaklee yang jarang kita dengar. 
Ini pendapat peribadi je tau, bukan pandangan keseluruhan Shaklee Independent Distributor diluar sana. Artikel Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Mengetahui Masalah Dan Kesan Sampingan Yang Ada Pada Produk Shaklee Secara Jujur Dan Telus 
2. Cara Mengatasi Masalah Dan Kesan Sampingan. Setiap Masalah Mesti Ada Penyelesaian.
Masalah Pada Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu??
1. Semua produk Shaklee di kilangkan di Amerika Syarikat.  Ya, disana negara Uncle Sam. Jauh sangat tu. Belum ada lagi kilang mengeluarkan produk Shaklee di Malaysia 100% import. Jadi akan timbul banyak isu lain. Kenapa macam tu? Sebab semua produk Shaklee dikeluarkan dengan kawalan ketat. Memang sangat strict untuk menjaga kualiti produk dikeluarkan. Mungkin belum terbuka lagi rancangan untuk buka kilang di Malaysia. Satu maklumat yang mungkin anda sdh tahu, Shaklee telah menjadi fenomena di Malaysia sejak 1 tahun kebelakangan ni. Permintaan luar sangkaan.Kalau korang ada masa, cuba cari Shaklee di Google trend Malaysia. Graf dia menakutkan. Pertumbuhan luar biasa dan permintaan yang berlipat kali ganda setiap bulan. Mungkin ada harapan ada cawangan kilang di Malaysia satu masa kelak, siapa tahu..
2. Isu Halal.  Antara masalah yang paling banyak kita dengar tentang produk dikeluarkan negara bukan islam ni ialah HALAL ke? Betul kan? Tak kiralah sebagus mana produk tu, kalau tak halal memang haram lah dimakan orang islam. Menyedari sentimen dan sensitiviti orang islam tentang isu halal, Shaklee telah mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Lagipun majoriti produk daripada sumber tumbuhan. Satu satunya produk yang menggunakan haiwan sebagi bahan mentahnya adalah Kolagen Shaklee. Dibuat daripada sisik ikan merah yang tinggal dilaut dalam. Kolagen yang tahan lasak dan berkualiti tinggi untuk menegangkan kulit.
3. Produk Shaklee ni ada yang berbau tidak best dan tidak cantik warnanya.  Contohnya vitamin B Complex Shaklee mempunyai bau yang agak kuat dan warna yang kurang menarik. Lebih lebih lagi jika kita letakkan disuhu bilik.
Produk kecantikan kulit shaklee dengan jenama Nutriwhite pun tak sewangi produk lain dipasaran. Kalau produk keluaran syarikat lain, ada yang berbau wangi dan rupa yang berwarna warni. Menarik dan cantik dipandang mata..
Persoalannya kenapa Shaklee tak tambah pewarna dan penwangi dalam produk keluaran mereka? Jawabannya;-) Oleh sebab Shaklee nak kekalkan khasiat dari bahan yang 100% semulajadi dan tanpa bahan kimia, jadi terpaksa tak letak pewarna dan pewangi tu macam produk lain dipasaran. Lagipun semua produk Shaklee diproses dari bahan asli, ada sesetengah brand diluar diperbuat daripada vitamin sintetik.
4. Susah nak beli produk Shaklee, takda dijual di farmasi.  Memang xda.. Tetapi akhir2 ini bilangan agen dan keahlian di serata Malaysia dah hampir mencecah 1juta orang. Cuba bayangkan 1 juta tempat dan cawangan untuk beli Shaklee. Testimoni berjalan pun banyak dari pengguna.Lgipun yg terbaru ni.. Asal dah ada ID shaklee boleh login online & oder vitamin ni secara online..xda isu susah nak dpt stok pun..hihi
Kawan kawan sebagai pengguna bijak boleh buat perbandingan sendiri dengan melihat perubahan yang ada pada rakan rakan yang menggunakannya.
5. Produk Shaklee cepat rosak dan tak tahan panas. Vitamin dan produk2 lain keluarannya seperti vitamin B compleks dan omega guard tak boleh terdedah dengan suhu tinggi dan udara pada masa yang lama.. Tahu kenapa? Sebab semua produk ni dibuat tanpa pengawet dan bahan kimia. Semua dari bahan semulajadi. Sebab tu seelok eloknya letakkan di dalam ruang chiller peti sejuk. Jangan biarkan vitamin shaklee ditinggalkan didalam kereta semasa cuaca terik. Zat dan nutrien didalamnya akan musnah.
6. Produk selalu tak ada stok Macam mana nak makan dengan konsisten kalau stok asyik xda?.. Macam mana pula boleh xda stok?..Kan dah beritahu kawan kawan tadi, Shaklee sedang menjadi fenomena di Malaysia sejak 1 tahun ni.Oder online pun BOLEH!
Produk di cawangan banyak yang sold out. Ramai sangat pelanggan yang beli. Permintaan melebihi produk. Nasib baik harga tetap sama kan. Antara produk yang selalu habis ialah
Lecithin Shaklee
Alfafa Complex
Ostematrix
Sustained release vita c
Energizing Soy Protein ESP

Makin ramai rakyat Malaysia yang makan produk ni. Kilang pula jauh di Amerika, ambil masa nak replenish stok. Memang masalah besar betul.. Kadang kadang pergi Branch nak beli stok, terpaksa balik tangan kosong dan hampa sebab semua dah habis..But..Don't worry produk lariss akan ada stok jg tu..hihi
7.  Mempunyai kesan sampingan yang banyak Semasa mula mula mengambil vitamin Shaklee, ada kesan sampingan seperti badan terasa panas dan loya dan mual.  Apa semua ni? Tak sesuai untuk badan ke? Cuba jawab soalan sy ni, kalau anda dah terbiasa makan makanan segera seperti pizza, McD dan KFC, tiba tiba anda disuruh makan lauk vegeterian yang 100% sayur. Bayangkan satu pinggan penuh sayur segar, boleh ke anda makan dengan habis tanpa rasa mual dan nak muntah? Jawapannya tak bolehkan?Lgipun bdn dah terbiasa mkn makanan  segera..mestilah ada penolakan..Inilah yang dipanggil Healing crisis.
Badan kita sedang sesuaikan diri dengan produk@supplemen tu.. Lepas beberapa hari pasti ok dah.. Ada pelanggan beli set bersalin shaklee untuk cepat sembuh dan kembali bertenaga, tak sangka kulit makin cantik dan penyakit seperti gastrik dan resdung berkurangan. Memang kesan sampingan ambil produk shaklee.. Masalah ini membuatkan mereka berfikir panjang untuk berhenti makan selepas bersalin kerana kesan sampingan yang memeningkan kepala ni..(Bdn dah serasi x kan nak berhenti pula..hihi) Belum cerita lagi kesan makan alfafa dalam set pantang shaklee dan set penyusuan shaklee.  Susu jadi banyak dan membuang pun semakin lawas. 
8.Tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee. Menunjukkan vitamin ini adalah asli dan bukan dari bahan kimia sintetik.
9. Menghabiskan sebotol vitamin memerlukan tempoh masa yang lama. Kita ambil contoh Zinc Complex berharga RM32 untuk 120 biji. Jika sehari makan sebiji, berapa lama nak habiskan ya? 120 hari kan. Tepat sekali kawan kawan. 120 hari bersamaan 4 bulan. Vitamin b pun sama.
ESP pula tahan 2~3bulan bergantung pada penggunaan.  Memang masalah nak habiskan kecuali anda berkongsi dengan anak dan suami untuk makan bersama.
Ya, produk Shaklee boleh dimakan seisi keluarga. Cepat sikit habis.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Apa yang sy kongsikan adalah sedikit berbanding dengan khidmat nasihat terbaik diberikan kepada pelanggan. Setiap pelanggan akan diberikan panduan menggunakan produk Shaklee ekslusif untuk mereka sahaja.

credit:Mazni
------------------------------------------------------------------------------------------

Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami Bagaimana ingin menjadi ahli? Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Ranau Sabah Contact No : 016-8154633 (whatsapp/Wechat)
Email : ennchee79@yahoo.com
FB PAGE : https://www.facebook.com/vitaminsuperbranau 
FB :Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shakle. Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera FAFR Posted via Blogaway
Posted via Blogaway

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

No comments: