Thursday, June 19, 2014

CHEWABLE VITA C PLUS-SHAKLEE

Kasih sayang seorang ibu tiada bandingannya Mengapa anda perlu memberikan yang terbaik untuk anak anda? Sudah tentu setiap ibu inginkan anaknya sentiasa sihat dan ceria... Namun, adakah anda telah memberikan nutrisi dan zat yang mencukupi baginya? Perlukah anda berikan vitamin kepadanya? Sila kenal pasti tahap kesihatan anak anda.

Antibodi anak kuat atau sebaliknya?

Kesihatan dan kegembiraan anak-anak adalah kunci kebahagiaan seorang ibu. Cuba perhatikan anak anda, adakah anak anda seringkali jatuh sakit, demam, selsema, batuk dan sebagainya? Jika jawapannya YA, ini mungkin bermakna antibodi anak anda adalah lemah dan tidak kuat untuk melawan jangkitan penyakit.

Anak mudah jatuh sakit kerana antibodi yang lemah

Pastikan sumber Vitamin C mencukupi

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.

Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.

Anak tidak suka makan buah dan sayur-sayuran

Persoalannya di sini, adakah anda memberi anak anda sumber vitamin C yang cukup? Atau anak-anak anda adalah jenis yang tidak sukakan buah-buahan mahupun sayur-sayuran?

Pilihlah yang semulajadi dan selamat

Jika demikian, saya sangat mengesyorkan anda untuk memilih Chewable Vitamin C Shaklee kerana ianya adalah 100% semulajadi, selamat dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Vitamin C Chewable Shaklee

Kenali Chewable Vitamin C 100gm Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.

Keistimewaan Chewable Vita C ini

Chewable Vita-C 100mg adalah Vitamin C berbentuk kunyah.

Setiap tablet kunyah mempunyai kepekatan 100mg Vitamin C. Ianya diberi nama ‘Chewable’ kerana ianya perlu dikunyah seperti gula-gula.

Apa yang istimewanya ialah apabila anda mengunyah Vitamin C jenis ini, air liur akan membantu menghadamkan Vitamin C tersebut dan seterusnya membolehkan ianya sedia untuk diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil.

Malah, kajian menunjukkan mengunyah Vitamin C dalam dos yang kecil beberapa kali sehari adalah lebih berkesan untuk penyerapan berbanding mengambil sebiji Vitamin C dalam dos yang besar sekaligus!

Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dosnya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.

* DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kredit:Farizah Hamid

Dapatkan Stok Shaklee Anda Di Sini..
=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Sertai ♥Superb Supplement Group!!

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Ranau Sabah Contact No : 016-8154633 (whatsapp/Wechat)
Email : ennchee79@yahoo.com
FB PAGE : https://www.facebook.com/vitaminsuperbranau
FB :Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee & CEO ♥Superb Supplement Group.
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera FAFR!!

Please like my FB PAGE 


Post by HuirenChee

No comments: