Monday, June 23, 2014

TUMIT KAKI MEREKAH?

Punca tumit pecah?
Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.Orang lelaki juga tidak terkecuali.

 Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

 Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

 Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

 Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

 
Faktor penyebab

Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
 

Banyak faktor yang mempengaruhi kulit tumit kering ataupun merekah. Antaranya kerap pijak lantai simen, faktor tubuh badan, kaki sentiasa dalam keadaan lembap, ataupun pemilihan kasut tidak memberi keselesaan pada kaki.

Jom kita cuba tip-tip untuk tumit kaki kering dan merekah:

1. Jika kasut terlalu besar ataupun longgar dengan tapak kaki akan menyebabkan 
    geseran. Geseran ini akan membentuk garis halus yang kering di permukaan tumit. Pastikan saiz kasut betul-betul muat pada kaki dan jari kaki supaya tidak bergoyang dan menyebabkan geseran bila berjalan memakai kasut.
2. Selalu amalkan setiap hari membasuh kaki dengan air suam bersabun. 
    Jangan amalkan menggunakan air panas keran akan menyebabkan peredaran 
    darah pada kaki akan terjejas.
3. Cuci di kawasan tumit kaki dan biarkan mengelupas dan gosok kan ia. 
    Ia bertujuan untuk buang segala sel-se mati.
4. Sentiasa keringkan di antara jari kaki. Kerana jari kaki mudah bakteria tumbuh di kawasan lembap dan terturup.
5. Melembapkan tumit kaki dengan losyen yang khas untuk tumit kaki yang merekah dan kering. Amalkan memakai stoking jenis kain kapas.
6. Amalkan petua ini iaitu larutkan 1/4 cawan cuka putih dan air suam. Air yang 
   digunakan hingga menampung kaki sehingga buku lali. Asid asetik dalam cuka 
   ringan melembutkan kulit kering yang menyebabkan mengelupas . Selepas itu 
   dikeringkan dengan sempurna.
7. Selain itu, ada petua menggunakan minyak zaitun yang disapukan pada 
    pemukaan kulit tapak kaki. Minyak zaitun di campurkan dengan lemon ataupun 
    cuka untuk disapukan pada kulit tersebut. Madu juga boleh digunakan kerana 
    ia adalah pelembap semulajadi yang tinggi bagi melembapkan kulit. Tetapi perlu 
    konsisten untuk dapatkan hasil yang cepat.

Solusi
Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

Jikalau tip-tip dia atas rasa susah nak buat, anda boleh amalkan vitamin Shaklee iaitu Vitamin E untuk secara dalaman dan Herbal Cream Blend untuk sapuan di bahagian luaran. 

Vitamin E bertindak untuk membantu memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati. Apabila sel-sel kulit dah diganti, ini akan menyebabkan kulit di bahagian luaran akan tampak sihat.

Herbal Blend Cream adalah krim untuk sapuan luaran bagi melembutkan lapisan-lapisan kulit yang kering. Ia akan mempercepatkan dengan pengambilan serentak dengan vitamin E. 

Boleh tambah supplemen2 ini juga..
Penjagaan asas untuk dalaman:
Vitalea: Multivitamin yg lengkap dengan zat besi
B-Complex: Mengekalkan kelembapan kulit
Vitamin C- Sumber kolagen kulit dan anti-oksidan
Ostematrik: Merawat masalah pecah-pecah tapak kaki dan rekahan tumit kaki.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Dapatkan Stok Shaklee Anda Hari Ini.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Sertai ♥Superb Supplement Group!!

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : Erna Tinus
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Ranau Sabah Contact No : 016-8154633 (whatsapp/Wechat)
Email : ennchee79@yahoo.com
FB PAGE : https://www.facebook.com/vitaminsuperbranau
FB :Huiren Chee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee & CEO ♥Superb Supplement Group.
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera FAFR!!

Please likes my FB PAGE 
Tq..


Post by HuirenChee

No comments: