Awal pagi 1hb Jan 2015 |
Sesungguhnya Janji Tuhan itu adalah PASTI.
Segala Sesuatu Ada Waktunya.
Hati rasa sungguh pilu untuk melepaskan sesuatu yang sangat disayangi.
Tepat jam 1 Pagi 30hb Dec 2014, Akie kesayangan kami telah meninggalkan kami untuk selamanya. Kami sangat yakin dan percaya bahawa akie telah berada bersama orang2 yang dikasihi Yesus untuk menunggu kedatanganNya.
RIP Apaa..
Akie@Apaa..kami lebih senang memanggilnya dengan gelaran apaa..kerana telah terbiasa sejak kecil. Pada tahun 2008 apaa telah terbakar dibahagian belakangnya akibat mesin pemotong rumput yang sedang digunakannya telah terbakar secara tiba-tiba.
Bermula dari saat itu apaa sering berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor pakar yang merawatnya telah memberitahu kami bahawa hati apaa telah mengeras akibat bahagian belakang pinggangnya melecur teruk kerana terbakar hari tu.
Tahun 2013 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang sangat memilukan. Apaa telah disahkan menghidap Kanser hati tahap akhir.Seluruh keluarga diminta bersiap sedia kerana bila-bila masa sahaja Tuhan akan datang menjemputnya.
Kami telah bersedia, Tetapi bila saatnya benar-benar tiba, Sesungguhnya ia masih sangat menyakitkan.
30hb Disember 2014 yang baru berlalu dia telah pergi berjumpa penciptanya. Kenangan bersamanya akan terukir indah dalam ingatan, Sesungguhnya, suatu hari nanti kita juga akan melaluinya.
PESANAN
Jika anda seorang yang masih sihat, Tolonglah jaga baik-baik hati anda.
Penyakit kanser hati adalah penyakit yang sangat menakutkan dan seboleh-bolehnya ku mohon kepada Tuhanku untuk dijauhkan daripada penyakit ini.
Contoh Gambar Hati yang sihat dan hati yang dijangkiti kanser |
KANSER HATI@HEPATOMA
Kanser hati atau dikenali juga sebagai hepatoma merupakan salah satu dari 10 kanser utama di golongan lelaki.
Adalah di anggarkan sebanyak 5.24% daripada populasi rakyat Malaysia mengidap penyakit hepatitis B secara kronik dan sebanyak 2% mengidap penyakit hepatitis C secara kronik.
Mereka yang mengidap penyakit hepatitis B dan C secara kronik adalah berisiko untuk mendapat hepatoma.
Mereka yang mengidap penyakit hati hepatitis B kronik atau sirosis hati (pembentukan parut di hati daripada pelbagai punca) sangat-sangat berisiko untuk mengidap kanser hati.
Berikut adalah golongan pesakit yang berisiko untuk mengidap Kanser Hati :
Pengidap hepatitis B kronik
Sirosis hati daripada apa-apa punca.
Gejala/Tanda
Pesakit yang mengidap hepatoma mungkin tidak mempunyai apa-apa simptom pada peringkat awal. Walau bagaimana pun, tanda-tanda berikut mungkin terdapat pada pesakit hepatoma :
Sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan
Keletihan, hilang berat badan dan demam yang kerap
Pengesanan pembengkakan hati di bahagian abdomen
Jaundice (kuning di bahagian mata dan kulit)
Sakit tulang akibat dari penyebaran kanser ke tulang
Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen)
Pendarahan daripada hepatoma mengakibatkan pendarahan pada cecair ascites
Secara amnya, kemunculan simptom menandakan penyakit mungkin sudah berperingkat lewat.
Pesakit yang mengidap hepatoma mungkin akan mengalami komplikasi berikut :
Muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices di saluran makan - oesophagus (berpunca dari sirosis atau penyebaran hepatoma kedalam saluran darah))
Sakit perut daripada pendarahan dalaman hepatoma
Sakit pada bahagian abdomen akibat dari pembesaran hepatoma dan menyebabkan tekanan kepada struktur atau organ berdekatan
Jaundice (kekuningan pada mata/kulit akibat daipada tahap bilirubin yang tinggi)
Hepatic encephalopathy atau koma akibat kegagalan fungsi hati.
sumber : myhealth.comSET CADANGAN UNTUK MASALAH KANSER |
No comments:
Post a Comment